Why do so many people reach success and then fail? One of the big reasons is, we think success is a one-way street. So we do everything that leads up to success, but then we get there. We figure we've made it, we sit back in our comfort zone, and we actually stop doing everything that made us successful. And it doesn't take long to go downhill. And I can tell you this happens, because it happened to me.
Mengapa ramai orang yang telah berjaya tetapi kemudiannya gagal? Satu sebab utama ialah kerana kita menganggap kejayaan itu proses satu hala. Jadi, kita lakukan segala-galanya untuk menuju kejayaan. Tetapi selepas kita memperolehnya. Kita rasa kita sudah berjaya, kita kekal di zon selesa, dan langsung kita berhenti dari melakukan usaha yang menjadikan kita berjaya. Dan tidak lama kemudian, kita mula merosot. Dan saya katakan ia boleh berlaku. Kerana ia berlaku kepada saya.
Reaching success, I worked hard, I pushed myself. But then I stopped, because I figured, "Oh, you know, I made it. I can just sit back and relax."
Demi kejayaan, saya berusaha gigih, saya mendorong diri saya. Tetapi saya berhenti, kerana saya anggap, “Oh, saya sudah mencapainya. Saya boleh berehat dan bersenang-senang.”
Reaching success, I always tried to improve and do good work. But then I stopped because I figured, "Hey, I'm good enough. I don't need to improve any more."
Demi kejayaan, saya sering cuba memperbaiki dan melakukan usaha yang baik. Tetapi saya berhenti kerana saya anggap, “Hei, saya sudah bagus. Saya tidak perlu meningkatkan diri lagi.”
Reaching success, I was pretty good at coming up with good ideas. Because I did all these simple things that led to ideas. But then I stopped, because I figured I was this hot-shot guy and I shouldn't have to work at ideas, they should just come like magic. And the only thing that came was creative block. I couldn't come up with any ideas.
Demi kejayaan, saya bijak menghasilkan idea-idea yang bagus. Kerana saya lakukan perkara-perkara mudah yang dapat menghasilkan idea. Tetapi saya berhenti. Kerana saya anggap saya sudah hebat dan tidak perlu berusaha menghasilkan idea. Idea akan muncul secara ajaib. Tetapi apa yang muncul hanyalah ketandusan kreativiti. Saya tidak mampu menghasilkan apa-apa idea.
Reaching success, I always focused on clients and projects, and ignored the money. Then all this money started pouring in. And I got distracted by it. And suddenly I was on the phone to my stockbroker and my real estate agent, when I should have been talking to my clients.
Demi kejayaan, saya sering fokus kepada klien dan projek, dan tidak menghiraukan soal wang. Lantas, keuntungan datang melimpah-ruah. Dan tumpuan saya mula beralih. Tiba-tiba saya lebih kerap bercakap kepada broker saham dan agen hartanah saya, dan bukannya kepada klien saya.
And reaching success, I always did what I loved. But then I got into stuff that I didn't love, like management. I am the world's worst manager, but I figured I should be doing it, because I was, after all, the president of the company.
Demi kejayaan, saya sering lakukan perkara yang saya suka. Tetapi saya terlibat dengan perkara yang saya tidak suka, seperti pengurusan. Saya pengurus yang paling teruk di dunia. Tetapi saya anggap saya patut melakukannya. Kerana sayalah presiden syarikat itu.
Well, soon a black cloud formed over my head and here I was, outwardly very successful, but inwardly very depressed. But I'm a guy; I knew how to fix it. I bought a fast car. (Laughter) It didn't help. I was faster but just as depressed.
Namun, tidak lama, fikiran saya bercelaru. dan saya, secara lahiriah sangat berjaya, tetapi secara rohaniah saya sangat murung. Tetapi saya seorang lelaki, saya tahu cara memperbaikinya. Saya beli sebuah kereta pantas. (Ketawa) Ia tidak membantu. Saya lebih laju tetapi masih murung.
So I went to my doctor. I said, "Doc, I can buy anything I want. But I'm not happy. I'm depressed. It's true what they say, and I didn't believe it until it happened to me. But money can't buy happiness." He said, "No. But it can buy Prozac." And he put me on anti-depressants. And yeah, the black cloud faded a little bit, but so did all the work, because I was just floating along. I couldn't care less if clients ever called. (Laughter)
Jadi, saya berjumpa doktor saya. Saya berkata, “Doktor, saya boleh beli apa yang saya mahu. Tetapi saya tidak bahagia. Saya murung. Benar apa yang mereka katakan, tetapi saya tidak percaya sehingga ia berlaku kepada saya. Wang tidak boleh membeli kebahagiaan.” Dia berkata, “Tidak. Tetapi ia boleh membeli Prozac.” Lalu, dia berikan saya ubat anti depresan. Dan kemurungan saya hilang sedikit. Tetapi begitu juga semua kerja saya. Kerana saya tidak fokus kepada kerja. Saya tidak peduli jika klien menghubungi saya atau tidak. (Ketawa)
And clients didn't call. (Laughter) Because they could see I was no longer serving them, I was only serving myself. So they took their money and their projects to others who would serve them better.
Dan klien tidak menghubungi lagi. (Ketawa) Kerana mereka lihat yang saya tidak lagi berkhidmat untuk mereka, Saya hanya melayani diri saya. Lantas, mereka salurkan wang dan projek kepada orang yang boleh berkhidmat dengan lebih baik.
Well, it didn't take long for business to drop like a rock. My partner and I, Thom, we had to let all our employees go. It was down to just the two of us, and we were about to go under. And that was great. Because with no employees, there was nobody for me to manage.
Justeru, tidak lama kemudian perniagaan jatuh terhempas. Rakan niaga saya, Thom, dan saya, kami perlu memberhentikan semua pekerja kami. Hanya tinggal kami berdua dan kami hampir muflis. Dan itu yang bagusnya. Kerana tanpa pekerja, tidak ada sesiapa yang perlu saya uruskan.
So I went back to doing the projects I loved. I had fun again, I worked harder and, to cut a long story short, did all the things that took me back up to success. But it wasn't a quick trip. It took seven years.
Saya kembali melakukan projek-projek yang saya suka. Saya rasa seronok semula. Saya bekerja lebih gigih. Dan untuk ringkaskan cerita: saya lakukan semua perkara yang membawa saya kepada kejayaan. Tetapi ia bukan satu perjalanan yang singkat. Ia mengambil masa tujuh tahun.
But in the end, business grew bigger than ever. And when I went back to following these eight principles, the black cloud over my head disappeared altogether. And I woke up one day and I said, "I don't need Prozac anymore." And I threw it away and haven't needed it since.
Akhirnya, perniagaan berkembang lebih besar. Dan apabila saya kembali mengikuti lapan prinsip ini, kerunsingan di kepala saya hilang sepenuhnya. Dan pada satu hari saya bangun tidur dan berkata, “Saya tidak perlukan Prozac lagi.” Dan saya membuangnya dan tidak memerlukannya lagi.
I learned that success isn't a one-way street. It doesn't look like this; it really looks more like this. It's a continuous journey. And if we want to avoid "success-to-failure-syndrome," we just keep following these eight principles, because that is not only how we achieve success, it's how we sustain it. So here is to your continued success. Thank you very much. (Applause)
Saya belajar bahawa kejayaan bukan satu jalan sehala. Ia tidak seperti ini. Ia sebenarnya lebih seperti ini. Ia suatu perjalanan yang berterusan. Dan jika kita mahu mengelakkan “sindrom kejayaan menuju kegagalan”. Kita ikut lapan prinsip ini. Kerana bukan sahaja ia cara kita mencapai kejayaan, malah ia cara kita mengekalkannya. Semoga kejayaan anda akan berterusan. Terima kasih banyak. (Tepuk tangan).