So today, I want us to reflect on the demise of guys. Guys are flaming out academically; they're wiping out socially with girls and sexually with women. Other than that, there's not much of a problem. So what's the data? So the data on dropping out is amazing. Boys are 30 percent more likely than girls to drop out of school. In Canada, five boys drop out for every three girls. Girls outperform boys now at every level, from elementary school to graduate school. There's a 10 percent differential between getting BA's and all graduate programs, with guys falling behind girls. Two-thirds of all students in special ed. remedial programs are guys. And as you all know, boys are five times more likely than girls to be labeled as having attention deficit disorder -- and therefore we drug them with Ritalin.
Pada Hari ini, saya mahu kita mencerminkan semula mengenai kejatuhan kaum Adam. Lelaki hari ini semakin mundur dari segi akademik; Mereka gagal berhubung dengan wanita secara sosial dan secara seksual. Selain itu, tiada lagi masalah. Jadi, apakah datanya? Data mengenai berhenti sekolah adalah amat menakjubkan. 30 peratus lelaki lebih berkemungkinan dari perempuan untuk berhenti sekolah. Di Canada, untuk setiap tiga perempuan, lima lelaki akan tercicir. Perempuan lebih berjaya dari lelaki dalam setiap bidang, dari sekolah rendah hingga ke universiti. Terdapat 10 peratus perbezaan antara mempunyai BA's dan semua program ijazah sarjana muda, yang lelakinya ketinggalan. Dua per tiga pelajar dalam program khas pemulihan adalah lelaki. Dan seperti yang anda semua tahu, lelaki adalah lima kali lebih berkemungkinan daripada perempuan untuk dilabel sebagai mempunyai defisit gangguan perhatian -- dan kami telah memberikan mereka ubat Ritalin.
What's the evidence of wiping out? First, it's a new fear of intimacy. Intimacy means physical, emotional connection with somebody else -- and especially with somebody of the opposite sex who gives off ambiguous, contradictory, phosphorescent signals. (Laughter) And every year there's research done on self-reported shyness among college students. And we're seeing a steady increase among males. And this is two kinds. It's a social awkwardness. The old shyness was a fear of rejection. It's a social awkwardness like you're a stranger in a foreign land. They don't know what to say, they don't know what to do, especially one-on-one [with the] opposite sex. They don't know the language of face contact, the non-verbal and verbal set of rules that enable you to comfortably talk to somebody else, listen to somebody else.
Apakah bukti kejatuhan ini? Pertama, ia adalah ketakutan keintiman yang baru diada-adakan. Keintiman bermaksud secara fizikal yakni perhubungan emosi dengan orang lain -- terutama dengan orang yang berbeza jantina yang memberikan kita petunjuk yang samar-samar dan bercanggah. (Gelak ketawa) Dan pada setiap tahun, ada penyelidikan yang dijalankan mengenai malu yang dilaporkan dengan rela di kalangan pelajar kolej. Dan kita melihat peningkatan yang berterusan di kalangan lelaki. Dan ini ada dua jenis. Ia adalah kejanggalan sosial. Malu yang dahulu adalah disebabkan takut terhadap penolakan. Ia adalah kejanggalan sosial adalah seperti anda berada di luar negara. Mereka tidak tahu apa yang patut diperkatakan,apa yang patut mereka lakukan, lebih-lebih lagi apabila dengan orang yang berbeza jantina. Mereka tidak tahu membaca reaksi muka seseorang, peraturan pertuturan lisan dan tidak lisan yang memberikan kebebasan untuk bercakap secara selesa dengan orang lain, mendengar orang lain bercakap.
There's something I'm developing here called social intensity syndrome, which tries to account for why guys really prefer male bonding over female mating. It turns out, from earliest childhood, boys, and then men, prefer the company of guys -- physical company. And there's actually a cortical arousal we're looking at, because guys have been with guys in teams, in clubs, in gangs, in fraternities, especially in the military, and then in pubs. And this peaks at Super Bowl Sunday when guys would rather be in a bar with strangers, watching a totally overdressed Aaron Rodgers of the Green Bay Packers, rather than Jennifer Lopez totally naked in the bedroom. The problem is they now prefer [the] asynchronistic Internet world to the spontaneous interaction in social relationships.
Terdapat sesuatu yang saya sedang bangunkan yang dipanggil sebagai sindrom keamatan sosial, yang mencuba memahami mengapa lelaki hari ini lebih gemar berhubung dengan lelaki lain berbanding dengan wanita. Rupa-rupanya, dari zaman kanak-kanak, budak lelaki, kini lelaki dewasa, lebih gemar bersama dengan lelaki -- bersama dalam satu kumpulan secara fizikal. Dan sebenarnya terdapat suatu pemangkin kortikal di sini, sebab lelaki yang sentiasa berada dengan lelaki dalam persatuan, kelab-kelab,dalam kumpulan, dan dalam kumpulan fraterniti, lebih-lebih lagi dalam unit askar dan kemudian dalam pub. dan ini terserlah ketika Super Bowl setiap hari Ahad apabila para lelaki berkumpul dengan orang yang tidak dikenali di bar, melihat Aaron Rodgers dari Green Bay Packers yang pakaiannya keterlaluan, daripada melihat Jennifer Lopez bogel dalam bilik tidur. Masalahya kini mereka lebih gemar dunia Internet asychronistic daripada interaksi spontan dalam perhubungan sosial.
What are the causes? Well, it's an unintended consequence. I think it's excessive Internet use in general, excessive video gaming, excessive new access to pornography. The problem is these are arousal addictions. Drug addiction, you simply want more. Arousal addiction, you want different. Drugs, you want more of the same -- different. So you need the novelty in order for the arousal to be sustained.
Apakah sebabnya? Semestinya, ia adalah akibat yang tidak disengajakan. Saya rasa ia adalah penggunaan internet yang melampau, dan juga permainan video, akses ke laman web porno yang keterlaluan. Masalahnya adalah ketagihan ghairah. Ketagihan dadah, anda jelas mahukan lebih darinya. Ketagihan ghairah, anda mahukan yang berbeza. Dadah, anda mahu benda yang sama -- berbeza. Jadi anda perlukan sesuatu yang baru bagi mengekalkan keghairahan itu.
And the problem is the industry is supplying it. Jane McGonigal told us last year that by the time a boy is 21, he's played 10,000 hours of video games, most of that in isolation. As you remember, Cindy Gallop said men don't know the difference between making love and doing porn. The average boy now watches 50 porn video clips a week. And there's some guy watching a hundred, obviously. (Laughter) And the porn industry is the fastest growing industry in America -- 15 billion annually. For every 400 movies made in Hollywood, there are 11,000 now made porn videos.
Masalahnya, industri terus membekalkannya. Jane McGonigal telah memberitahu kita pada tahun lepas sekiranya seorang budak lelaki itu telah mencapai umur 21 tahun, dia telah meluangkan 10,000 jam bermain permainan video, majoritinya dalam pengasingan. Seperti yang anda ingat,Cindy Gallop berkata lelaki tidak tahu membezakan antara hubungan intimasi dan melihat bahan lucah Seorang budak lelaki pada puratanya menonton 50 video lucah setiap minggu. Malahan nyatanya ada lelaki yang menontonnya beratus kali. (Gelak ketawa) Industri pornografi adalah industri yang paling pesat di Amerika -- nilainya 15 bilion setahun. Dengan setiap 400 video dikeluarkan di Hollywood, 11,000 video pornografi telah dihasilkan.
So the effect, very quickly, is it's a new kind of arousal. Boys' brains are being digitally rewired in a totally new way for change, novelty, excitement and constant arousal. That means they're totally out of sync in traditional classes, which are analog, static, interactively passive. They're also totally out of sync in romantic relationships, which build gradually and subtly.
Jadi akibatnya, terlalu cepat, ia merupakan cara membangkitkan keghairahan yang baru.. Otak para lelaki telah berubah cara pemikirannya dalam cara baru untuk perubahan, kebaharuan, keseronokan dan keghairahan yang selalu. Ini bermakna mereka berlainan dari golongan tradisional, yang lebih analog,statik dan berinteraksi secara pasif. Mereka juga betul-betul berlainan dalam perhubungan romantis, yang terbina secara perlahan-lahan dan secara diam-diam.
So what's the solution? It's not my job. I'm here to alarm. It's your job to solve.
Jadi apakah cara penyelesaiannya? Ia bukan lagi kerja saya. Saya berada di sini untuk menguar-uarkan tetapi andalah yang mencari solusinya.
(Laughter)
(Gelak ketawa)
(Applause)
(Tepukan)
But who should care? The only people who should care about this is parents of boys and girls, educators, gamers, filmmakers and women who would like a real man who they can talk to, who can dance, who can make love slowly and contribute to the evolutionary pressures to keep our species above banana slugs. No offense to banana slug owners. Thank you.
Siapakah yang patut mengambil berat? Orang yang patut mengambil berat mengenai perkara ini ialah ibu bapa kepada anak-anak, para pendidik, pencipta permainan, pencipta filem dan para wanita yang inginkan lelaki yang berkualiti yang boleh dibawa berborak, boleh menari dan boleh bermadu asmara dengan perlahan-lahan dan menyumbang kepada tekanan evolusi untuk mengekalkan spesis kita lebih tinggi darjatnya dari siput babi. Harap pembela siput babi tidak ambil hati. Terima kasih.
(Applause)
(Tepukan)