Everyone is both a learner and a teacher. This is me being inspired by my first tutor, my mom, and this is me teaching Introduction to Artificial Intelligence to 200 students at Stanford University.
Setiap orang adalah pelajar dan juga pengajar. Ini adalah saya sedang diinspirasikan oleh tutor pertama saya, iaitu ibu saya, dan ini adalah saya sedang mengajar subjek Pengenalan Kebijaksanaan Buatan kepada 200 pelajar di Universiti Stanford.
Now the students and I enjoyed the class, but it occurred to me that while the subject matter of the class is advanced and modern, the teaching technology isn't. In fact, I use basically the same technology as this 14th-century classroom. Note the textbook, the sage on the stage, and the sleeping guy in the back. (Laughter) Just like today.
Saya dan para pelajar sukakan kelas ini tetapi terlintas difikiran saya dimana sementara perihal subjek kelas ini yang sangat ke hadapan dan moden namun teknologi pengajarannya tidak. Hakikatnya, saya menggunakan teknologi yang sama seperti kelas di kurun ke-14 ini. Perhatikan buku teks tersebut, pendeta di atas pentas itu, dan pelajar yang sedang tidur di belakang. (Gelak tawa) Sama seperti hari ini.
So my co-teacher, Sebastian Thrun, and I thought, there must be a better way. We challenged ourselves to create an online class that would be equal or better in quality to our Stanford class, but to bring it to anyone in the world for free.
Pengajar bersama saya, Sebastian Thrun, dan saya sendiri berpendapat pasti ada cara yang lebih baik. Kami mencabar diri sendiri untuk mengadakan kelas dalam talian yang setaraf atau lebih baik dari segi kualitinya dengan kelas kami di Stanford, tetapi kelas tersebut boleh disertai oleh sesiapa sahaja di dunia secara percuma.
We announced the class on July 29th, and within two weeks, 50,000 people had signed up for it. And that grew to 160,000 students from 209 countries. We were thrilled to have that kind of audience, and just a bit terrified that we hadn't finished preparing the class yet. (Laughter)
Kami mengumumkan kelas tersebut pada 29 Julai, dan dalam masa dua minggu, 50,000 orang telah mendaftar. Dan angka tersebut menjadi 160,000 pelajar dari 209 buah negara. Kami sangat teruja mendapat audiens sedemikian rupa, dan sedikit rasa gerun kerana kami belum selesai menyediakan kelas tersebut. (Gelak tawa)
So we got to work. We studied what others had done, what we could copy and what we could change. Benjamin Bloom had showed that one-on-one tutoring works best, so that's what we tried to emulate, like with me and my mom, even though we knew it would be one-on-thousands. Here, an overhead video camera is recording me as I'm talking and drawing on a piece of paper.
Jadi kami mula bekerja. Kami mengkaji apa yang telah dilakukan oleh orang lain, apa yang kami boleh tiru dan apa yang perlu diubah. Benjamin Bloom telah menunjukkan yang belajar seorang sama seorang adalah paling baik, jadi itulah yang cuba kami contohi, seperti saya dengan ibu, walaupun kami tahu yang kelas ini adalah seorang dengan beribu-ribu orang. Di sini, sebuah kamera video overhed sedang merakamkan saya yang sedang bercakap dan melukis di atas sekeping kertas.
A student said, "This class felt like sitting in a bar with a really smart friend who's explaining something you haven't grasped, but are about to." And that's exactly what we were aiming for.
Seorang pelajar berkata, "Kelas ini rasanya seperti bersantai di sebuah bar bersama-sama seorang sahabat yang bijak yang sedang menerangkan sesuatu yang anda belum paham, tetapi hampir faham." Dan itulah matlamat kami.
Now, from Khan Academy, we saw that short 10-minute videos worked much better than trying to record an hour-long lecture and put it on the small-format screen. We decided to go even shorter and more interactive. Our typical video is two minutes, sometimes shorter, never more than six, and then we pause for a quiz question, to make it feel like one-on-one tutoring. Here, I'm explaining how a computer uses the grammar of English to parse sentences, and here, there's a pause and the student has to reflect, understand what's going on and check the right boxes before they can continue.
Daripada Akademi Khan, kami saksikan yang sebuah video pendek 10 minit lebih baik daripada cuba merakam kelas selama sejam dan meletakkannya dalam skrin format kecil. Kami mengambil keputusan untuk buat lagi pendek dan lebih interaktif. Video kami biasanya dua minit, kadang-kadang lebih pendek daripada itu, tidak pernah lebih daripada enam minit, dan kami berhenti seketika untuk satu soalan kuiz, supaya ia seperti kelas seorang dengan seorang. Di sini, saya sedang menerangkan bagaimana sebuah komputer menggunakan tatabahasa Bahasa Inggeris untuk menghuraikan ayat, dan di sini, kami berhenti dan pelajar perlu melakukan refleksi, dan memahami apa yang sedang berlaku dan menandakan kotak yang betul sebelum mereka meneruskan pelajaran.
Students learn best when they're actively practicing. We wanted to engage them, to have them grapple with ambiguity and guide them to synthesize the key ideas themselves. We mostly avoid questions like, "Here's a formula, now tell me the value of Y when X is equal to two." We preferred open-ended questions.
Para pelajar belajar dengan lebih baik apabila mereka melakukan latihans secara aktif. Kami mahu melibatkan mereka, supaya mereka dapat bergelut dalamn kesamaran dan membimbing mereka untuk mensintesiskan idea-idea utama dengan usaha mereka sendiri Kami biasanya mengelakkan soalan-soalan seperti, "Ini dia formulanya, sekarang berikan nilai Y apabila X sama dengan dua." Kami lebih sukakan soalan-soalan terbuka.
One student wrote, "Now I'm seeing Bayes networks and examples of game theory everywhere I look." And I like that kind of response. That's just what we were going for. We didn't want students to memorize the formulas; we wanted to change the way they looked at the world. And we succeeded. Or, I should say, the students succeeded.
Salah seorang daripada pelajar menulis"Sekarang saya nampak rangkaian Bayes dan contoh-contoh teori permainan di mana-mana sahaja saya pandang,." dan saya suka respon seperti itu. Itulah matlamat kami. Kami tidak mahu para pelajar menghafal formula; kami mahu mengubah cara mereka memandang dunia. Dan kami berjaya melakukannya. Atau, mungkin sepatutnya, para pelajar ini yang telah berjaya.
And it's a little bit ironic that we set about to disrupt traditional education, and in doing so, we ended up making our online class much more like a traditional college class than other online classes. Most online classes, the videos are always available. You can watch them any time you want. But if you can do it any time, that means you can do it tomorrow, and if you can do it tomorrow, well, you may not ever get around to it. (Laughter)
Agak sedikit ironik kerana pada mulanya kami mahu menggoncang pendidikan tradisional tetapi dalam melakukannya, kami akhirnya telah menjadikan kelas dalam talian ini hampir menyerupai kelas kolej tradisional berbanding kelas-kelas dalam talian yang lain. Kebanyakan kelas dalam talian, video-videonya sentiasa mudah diperolehi. Anda boleh menontonnya bila-bila masa sahaja. Tetapi jika anda boleh menontonnya pada bila-bila masa, bermakna anda boleh menontonnya esok, dan jika anda boleh menontonnya esok, mungkin lama-kelamaan anda tidak akan menontonnya langsung. (Gelak tawa)
So we brought back the innovation of having due dates. (Laughter) You could watch the videos any time you wanted during the week, but at the end of the week, you had to get the homework done. This motivated the students to keep going, and it also meant that everybody was working on the same thing at the same time, so if you went into a discussion forum, you could get an answer from a peer within minutes. Now, I'll show you some of the forums, most of which were self-organized by the students themselves.
Jadi, kami kembalikan semula inovasi tarikh tamat. (Gelak tawa) Anda boleh menonton video-video ini bila-bila masa yang anda mahu sepanjang minggu itu, tetapi pada akhir minggu, anda perlu menyiapkan kerja yang diberikan. Ini merangsang para pelajar untuk terus belajar, dan ia juga bermaksud mereka semua berusaha memahami perkara yang sama pada masa yang sama, jadi jika anda masuk ke forum perbincangan, anda boleh mendapat jawapan daripada rakan forum dalam beberapa minit sahaja Saya akan tunjukkan beberapa forum yang kebanyakannya diselenggarakan sendiri oleh para pelajar ini.
From Daphne Koller and Andrew Ng, we learned the concept of "flipping" the classroom. Students watched the videos on their own, and then they come together to discuss them. From Eric Mazur, I learned about peer instruction, that peers can be the best teachers, because they're the ones that remember what it's like to not understand. Sebastian and I have forgotten some of that. Of course, we couldn't have a classroom discussion with tens of thousands of students, so we encouraged and nurtured these online forums.
Daripada Daphne Koller dan Andrew Ng, kami mempelajari konsep "menterbalikkan" (flipping) kelas. Para pelajar menonton video itu sendiri kemudian mereka akan berkumpul untuk membincangkan video-video tersebut. Daripada Eric Mazur, saya mempelajari tentang arahan rakan sebaya, yang rakan sebaya boleh menjadi guru yang paling baik, kerana mereka ini masih ingat bagaimana rasanya ketika tidak memahami sesuatu subjek. Saya dan Sebastian sudah tidak berapa ingat rasa itu. Pastinya, kami tidak boleh mengadakan perbincangan kelas dengan beratus-ratus ribu pelajar jadi kami menggalakkan dan menyemai forum-forum dalam talian ini.
And finally, from Teach For America, I learned that a class is not primarily about information. More important is motivation and determination. It was crucial that the students see that we're working hard for them and they're all supporting each other.
Dan akhirnya, dari Teach For America saya dapati yang sesebuah kelas bukanlah mengenai maklumat semata-mata. Apa yang lebih penting adalah motivasi dan tekad. Adalah penting untuk para pelajar ini melihat yang kami sedang berusaha kerasa untuk mereka dan mereka menyokong sesama sendiri.
Now, the class ran 10 weeks, and in the end, about half of the 160,000 students watched at least one video each week, and over 20,000 finished all the homework, putting in 50 to 100 hours. They got this statement of accomplishment.
Kini, kelas ini telah berjalan selama 10 minggu, akhirnya, lebih kurang separuh daripada 160,000 pelajar tadi menonton sekurang-kurangnya satu video setiap minggu, dan lebih kurang 20,000 lagi menyiapkan kerja yang diberikan, dengan menghabiskan 50 sehingga 100 jam. Mereka memperoleh pernyataan pencapaian seperti ini.
So what have we learned? Well, we tried some old ideas and some new and put them together, but there are more ideas to try. Sebastian's teaching another class now. I'll do one in the fall. Stanford Coursera, Udacity, MITx and others have more classes coming. It's a really exciting time.
Apa yang boleh kita pelajari di sini? Kami telah mencuba beberapa idea lama dan juga beberapa idea baru dan menggabungkannya, tetapi ada beberapa idea yang belum dicuba. Sebastian sedang mengajar sebuah kelas lain sekarang. Saya akan mengajar sebuah kelas lagi pada musim luruh nanti. Standford Coursera, Udacity, MITx dan lain-lain ada lebih banyak kelas yang akan diadakan. Ini memang satu masa yang mengujakan.
But to me, the most exciting part of it is the data that we're gathering. We're gathering thousands of interactions per student per class, billions of interactions altogether, and now we can start analyzing that, and when we learn from that, do experimentations, that's when the real revolution will come. And you'll be able to see the results from a new generation of amazing students. (Applause)
Tetapi bagi saya, apa yang paling mengujakan adalah sebahagiannya adalah data yang kami dapat kumpulkan. Kami mengumpul beribu-ribu interaksi untuk setiap seorang pelajar untuk setiap sebuah kelas, berbilion-bilion interaksi apabila digabungkan, dan kini kami boleh mula menganalisa dan apabila kami pelajari daripada data itu, melakukan experimentasi masa itulah mulanya revolusi sebenarnya Dan anda boleh melihat hasilnya daripada satu generasi baru para pelajar yang menakjubkan. (Tepukan)