Hi. I'm here to talk to you about the importance of praise, admiration and thank you, and having it be specific and genuine.
Hai. Saya mahu berbicara kepada anda mengenai kepentingan memuji, mengagumi dan mengucapkan terima kasih. dan melakukannya secara khusus dan ikhlas.
And the way I got interested in this was, I noticed in myself, when I was growing up, and until about a few years ago, that I would want to say thank you to someone, I would want to praise them, I would want to take in their praise of me and I'd just stop it. And I asked myself, why? I felt shy, I felt embarrassed. And then my question became, am I the only one who does this? So, I decided to investigate.
Bagaimana saya berminat dalam hal ini ialah, saya perhatikan pada diri saya semasa saya membesar, dan sehingga beberapa tahun yang lalu, bahawa apabila saya mahu ucapkan terima kasih kepada seseorang, saya mahu memuji mereka, saya mahu menerima pujian mereka terhadap saya, tetapi saya tidak sanggup melakukannya. Dan saya bertanya pada diri saya, mengapa? Saya rasa segan, saya rasa malu. Dan saya menyoal diri saya, adakah saya seorang sahaja yang buat begini? Jadi saya mula membuat kajian.
I'm fortunate enough to work in the rehab facility, so I get to see people who are facing life and death with addiction. And sometimes it comes down to something as simple as, their core wound is their father died without ever saying he's proud of them. But then, they hear from all the family and friends that the father told everybody else that he was proud of him, but he never told the son. It's because he didn't know that his son needed to hear it.
Saya beruntung kerana bekerja di sebuah pusat pemulihan, sebab saya dapat saksikan orang-orang yang di ambang hidup dan mati kerana ketagihan. Kadangkala, puncanya hanyalah kerana, bapa mereka meninggal dunia tanpa meluahkan rasa bangganya terhadap mereka. Tetapi kemudian mereka mendengar dari keluarga dan kawan-kawan yang bapa mereka memberitahu semua orang yang dia berbangga dengannya, tetapi bapanya tidak pernah memberitahu anak lelakinya itu. Sebabnya ialah dia tidak tahu yang anaknya mahu mendengar pujian itu.
So my question is, why don't we ask for the things that we need? I know a gentleman, married for 25 years, who's longing to hear his wife say, "Thank you for being the breadwinner, so I can stay home with the kids," but won't ask. I know a woman who's good at this. She, once a week, meets with her husband and says, "I'd really like you to thank me for all these things I did in the house and with the kids." And he goes, "Oh, this is great, this is great." And praise really does have to be genuine, but she takes responsibility for that. And a friend of mine, April, who I've had since kindergarten, she thanks her children for doing their chores. And she said, "Why wouldn't I thank it, even though they're supposed to do it?"
Jadi, persoalan saya, mengapa kita tidak meminta perkara yang kita perlukan? Saya kenal seorang lelaki yang sudah berkahwin selama 25 tahun yang merindui untuk mendengar isterinya mengucapkan, "Terima kasih kerana mencari nafkah supaya saya boleh berada di rumah bersama anak-anak," tetapi tidak memintanya. Saya kenal seorang wanita yang mahir dalam hal ini. Beliau, seminggu sekali, bertemu suaminya dan berkata, Saya benar-benar ingin anda ucapkan terima kasih kepada saya di atas apa yang saya lakukan di rumah dan dengan anak-anak." Dan suaminya menjawab, "Oh, sungguh hebat, sungguh hebat." Dan pujian hendaklah dari hati, dan dia memikul tanggungjawab itu, Ada seorang kawan saya, April, yang saya kenali sejak tadika beliau mengucapkan terima kasih kepada anak-anaknya kerana membuat kerja rumah. Kata beliau, "Mengapa saya tidak ucapkan terima kasih, sungguhpun mereka sepatutnya melakukannya?"
So, the question is, why was I blocking it? Why were other people blocking it? Why can I say, "I'll take my steak medium rare, I need size six shoes," but I won't say, "Would you praise me this way?" And it's because I'm giving you critical data about me. I'm telling you where I'm insecure. I'm telling you where I need your help. And I'm treating you, my inner circle, like you're the enemy. Because what can you do with that data? You could neglect me. You could abuse it. Or you could actually meet my need.
Maka persolannya ialah, mengapa saya tidak melakukannya? Mengapa orang lain tidak melakukannya? Mengapa saya boleh meminta, "Saya mahu stik saya kurang masak, Saya mahu kasut saiz enam," tetapi saya tidak meminta, "Bolehkah anda memuji saya seperti ini?" Dan kerana saya memberi anda data kritikal mengenai diri saya. Saya beritahu mengenai rasa kurang yakin diri Saya beritahu anda bahawa saya perlukan bantuan anda. Dan saya melayan anda, sahabat kepercayaan saya, seperti musuh saya. Sebab apa yang anda boleh buat dengan data itu? Anda boleh mengabaikan saya. Anda boleh menyalahgunakannya. Atau anda benar-benar boleh memenuhi keperluan saya.
And I took my bike into the bike store-- I love this -- same bike, and they'd do something called "truing" the wheels. The guy said, "You know, when you true the wheels, it's going to make the bike so much better." I get the same bike back, and they've taken all the little warps out of those same wheels I've had for two and a half years, and my bike is like new. So, I'm going to challenge all of you. I want you to true your wheels: be honest about the praise that you need to hear. What do you need to hear? Go home to your wife -- go ask her, what does she need? Go home to your husband -- what does he need? Go home and ask those questions, and then help the people around you.
Saya bawa basikal saya ke kedai basikal - saya suka yang ini -- basikal yang sama, dan mereka menyamaratakan rodanya yang dipanggil 'true'. Lelaki itu berkata, "Anda tahu, bila anda menyamaratakan (true) rodanya, ia akan menjadikan basikal itu lebih baik." Saya ambil kembali basikal yang sama itu, dan mereka membuang bahagian yang rosak pada roda yang sama yang saya gunakan sejak dua tahun setengah, hasilnya, basikal saya seperti baru. Jadi, saya akan mencabar anda sekalian. Saya mahu akan lakukan "true" pada roda anda: katakan dengan jujur apakah pujian yang anda mahu dengar. Apa yang perlu anda dengar? Kepada isteri anda di rumah, tanya kepadanya, apakah yang dia perlukan? Kepada suami anda di rumah -- apakah yang dia perlukan? Pulang dan tanyakan soalan-soalan itu dan bantu orang di sekeliling anda.
And it's simple. And why should we care about this? We talk about world peace. How can we have world peace with different cultures, different languages? I think it starts household by household, under the same roof. So, let's make it right in our own backyard. And I want to thank all of you in the audience for being great husbands, great mothers, friends, daughters, sons. And maybe somebody's never said that to you, but you've done a really, really good job. And thank you for being here, just showing up and changing the world with your ideas.
Mudah sekali. Dan mengapa kita ambil berat terhadap perkara ini? Kita berbicara mengenai keamanan dunia, Bagaimana boleh diwujudkan keamanan dunia antara budaya, bahasa yang berbeza? Saya fikir ia bermula dari satu keluarga ke satu keluarga, di bawah satu bumbung. Mari kita perbaiki di dalam keluarga kita. Dan saya mahu ucapkan terima kasih kepada anda sekalian kerana menjadi suami yang hebat, ibu yang hebat, kawan-kawan, anak-anak yang hebat. Mungkin orang tidak pernah ucapkan kepada anda begitu, tetapi anda telah benar-benar melakukan sesuatu yang terbaik. Terima kasih di atas kehadiran anda dan mengubah dunia dengan idea-idea anda.
Thank you. (Applause)
Terima kasih. (Tepukan)