Some 17 years ago, I became allergic to Delhi's air. My doctors told me that my lung capacity had gone down to 70 percent, and it was killing me. With the help of IIT, TERI, and learnings from NASA, we discovered that there are three basic green plants, common green plants, with which we can grow all the fresh air we need indoors to keep us healthy. We've also found that you can reduce the fresh air requirements into the building, while maintaining industry indoor air-quality standards.
Kira-kira 17 tahun yang lalu, saya menjadi alah kepada udara di Delhi. Doktor saya beritahu yang kapasiti paru-paru saya telah merosot kepada 70 peratus, dan ia mengancam nyawa saya. Dengan bantuan IIT, TERI dan pengetahuan daripada NASA, kami telah mendapati bahawa ada tiga tumbuhan hijau asas, pokok hijau biasa, yang boleh ditanam bagi menghasilkan udara segar yang kita perlukan di tempat tertutup agar kita terus sihat. Kami juga mendapati bahawa kita boleh mengurangkan keperluan udara segar di dalam bangunan, di samping mengekalkan standard kualiti udara dalam bangunan.
The three plants are Areca palm, Mother-in-Law's Tongue and money plant. The botanical names are in front of you. Areca palm is a plant which removes CO2 and converts it into oxygen. We need four shoulder-high plants per person, and in terms of plant care, we need to wipe the leaves every day in Delhi, and perhaps once a week in cleaner-air cities. We had to grow them in vermi manure, which is sterile, or hydroponics, and take them outdoors every three to four months. The second plant is Mother-in-law's Tongue, which is again a very common plant, and we call it a bedroom plant, because it converts CO2 into oxygen at night. And we need six to eight waist-high plants per person. The third plant is money plant, and this is again a very common plant; preferably grows in hydroponics. And this particular plant removes formaldehydes and other volatile chemicals.
Tiga pokok itu ialah pokok palma pinang kuning, pokok lidah jin dan pokok duit-duit. Nama botaninya terpapar di hadapan anda. Palma pinang kuning merupakan tumbuhan yang menyingkirkan CO2 dan mengubahkan ia menjadi oksigen. Kami perlukan empat pokok separas bahu bagi setiap orang dan dari segi penjagaannya, kami perlu lapkan daunnya setiap hari di Delhi, dan mungkin seminggu sekali di kota-kota berudara lebih bersih. Kami tanam pokok itu dalam baja cacing yang steril, ataupun hidroponik, dan membawa ia ke luar setiap tiga atau empat bulan. Tumbuhan yang kedua ialah pokok lidah jin, yakni satu lagi pokok yang biasa didapati, dan kami menggelar ia pokok bilik tidur, kerana ia menukarkan CO2 menjadi oksigen pada waktu malam. Kami perlukan enam hingga lapan pokok separas pinggang bagi setiap orang. Tumbuhan yang ketiga ialah pokok duit-duit, dan ini juga satu lagi pokok yang memang biasa didapati, sebaik-baiknya ditanam secara hidroponik. Pokok yang ini menyingkirkan gas formaldehid dan bahan-bahan kimia meruap yang lain.
With these three plants, you can grow all the fresh air you need. In fact, you could be in a bottle with a cap on top, and you would not die at all, and you would not need any fresh air. We have tried these plants at our own building in Delhi, which is a 50,000-square-feet, 20-year-old building. And it has close to 1,200 such plants for 300 occupants. Our studies have found that there is a 42 percent probability of one's blood oxygen going up by one percent if one stays indoors in this building for 10 hours. The government of India has discovered or published a study to show that this is the healthiest building in New Delhi. And the study showed that, compared to other buildings, there is a reduced incidence of eye irritation by 52 percent, respiratory systems by 34 percent, headaches by 24 percent, lung impairment by 12 percent and asthma by nine percent. And this study has been published on September 8, 2008, and it's available on the government of India website.
Dengan ketiga-tiga tumbuhan ini, anda boleh menghasilkan sebanyak mana pun udara segar yang diperlukan. Malahan, anda boleh berada di dalam botol yang bertutup, dan anda tidak akan mati pun, dan anda tidak perlu pun udara segar. Kami telah mencuba pokok-pokok ini di bangunan kami sendiri di Delhi, iaitu sebuah bangunan seluas 50,000 kaki persegi, berusia 20 tahun. Ia mengandungi hampir 1,200 pokok berkenaan bagi 300 penghuni. Kajian kami telah mendapati bahawa ada kebarangkalian 42 peratus oksigen darah seseorang boleh meningkat satu peratus jika dia duduk di dalam bangunan ini selama 10 jam. Kerajaan India telah menemukan atau menerbitkan satu kajian untuk menunjukkan bahawa inilah bangunan yang paling menyihatkan di New Delhi. Kajian itu menunjukkan bahawa, berbanding dengan bangunan lain, berkurangnya kejadian kerengsaan mata sebanyak 52 peratus, masalah sistem respirasi menurun 34 peratus, sakit kepala menurun 24 peratus, kerosakan peparu menurun 12 peratus dan asma menurun 9 peratus. Kajian ini telah diterbitkan pada 8 September, 2008, dan boleh didapati di laman web kerajaan India.
Our experience points to an amazing increase in human productivity by over 20 percent by using these plants. And also a reduction in energy requirements in buildings by an outstanding 15 percent, because you need less fresh air. We are now replicating this in a 1.75-million-square-feet building, which will have 60,000 indoor plants.
Pengalaman kami menunjukkan peningkatan produktiviti manusia yang amat mengagumkan sebanyak 20 peratus kerana penggunaan pokok-pokok ini. Dan juga pengurangan keperluan tenaga di dalam bangunan sebanyak 15 peratus kerana kurangnya udara segar yang diperlukan. Kini kami mengulangi usaha ini di sebuah bangunan seluas 1.75 juta kaki persegi, yang akan menempatkan 60,000 tanaman dalam rumah.
Why is this important? It is also important for the environment, because the world's energy requirements are expected to grow by 30 percent in the next decade. 40 percent of the world's energy is taken up by buildings currently, and 60 percent of the world's population will be living in buildings in cities with a population of over one million in the next 15 years. And there is a growing preference for living and working in air-conditioned places. "Be the change you want to see in the world," said Mahatma Gandhi. And thank you for listening. (Applause)
Mengapa ini penting? Ia juga penting bagi alam sekitar, kerana keperluan tenaga dunia dijangka meningkat sebanyak 30 peratus dalam dekad akan datang. 40 peratus daripada tenaga di dunia dipakai oleh bangunan sekarang, dan 60 peratus daripada penduduk dunia akan mendiami bangunan di kota-kota yang berpopulasi melebihi sejuta orang dalam 15 tahun akan datang. Dan kecenderungan untuk tinggal dan bekerja di tempat berhawa dingin semakin meningkat. Jadilah perubahan yang ingin anda saksikan di dunia ini, kata Mahatma Gandhi. Terima kasih kerana sudi mendengar. (Tepukan)