Please close your eyes, and open your hands. Now imagine what you could place in your hands: an apple, maybe your wallet. Now open your eyes. What about a life?
Cuba pejamkan mata anda, dan tadah tangan anda. Sekarang, bayangkan apa yang anda boleh letakkan di tangan anda: sebiji epal, mungkin juga dompet anda. Sekarang buka mata anda. Bagaimana pula jika kita letakkan nyawa?
What you see here is a premature baby. He looks like he's resting peacefully, but in fact he's struggling to stay alive because he can't regulate his own body temperature. This baby is so tiny he doesn't have enough fat on his body to stay warm. Sadly, 20 million babies like this are born every year around the world. Four million of these babies die annually.
Apa yang anda lihat di sini ialah seorang bayi pra matang. Dia nampaknya seperti sedang berehat, tetapi sebenarnya dia sedang bertarung untuk terus hidup. sebab dia tidak boleh melaraskan suhu badannya sendiri. Bayi ini sangat kecil sehingga dia tidak mempunyai lemak yang cukup pada tubuhnya untuk kekal hangat. Malangnya, seramai 20 juta bayi seperti ini yang dilahirkan setiap tahun, di seluruh dunia. Empat juta bayi seperti ini mati setiap tahun.
But the bigger problem is that the ones who do survive grow up with severe, long-term health problems. The reason is because in the first month of a baby's life, its only job is to grow. If it's battling hypothermia, its organs can't develop normally, resulting in a range of health problems from diabetes, to heart disease, to low I.Q. Imagine: Many of these problems could be prevented if these babies were just kept warm.
Tetapi masalah yang lebih besar ialah bayi-bayi yang hidup membesar dengan masalah kesihatan jangka panjang yang teruk. Sebabnya ialah kerana pada bulan pertama dalam kehidupan bayi, tugasnya hanya untuk membesar. Jika dia sentiasa melawan hipotermia, organnya tidak dapat membesar seperti biasa. mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan daripada diabetes, penyakit jantung, sehinggalah kepada I.Q. rendah. Bayangkan, kebanyakan masalah ini boleh dicegah jika bayi-bayi ini dijaga dalam suhu yang hangat.
That is the primary function of an incubator. But traditional incubators require electricity and cost up to 20 thousand dollars. So, you're not going to find them in rural areas of developing countries. As a result, parents resort to local solutions like tying hot water bottles around their babies' bodies, or placing them under light bulbs like the ones you see here -- methods that are both ineffective and unsafe. I've seen this firsthand over and over again.
Itulah fungsi asas sebuah inkubator. Tetapi inkubator yang biasa memerlukan bekalan elektrik dan menelan belanja sehingga 20 ribu dolar. Anda tidak akan menemui inkubator di kawasan perkampungan di negara sedang membangun. Oleh itu, ibu bapa menggunakan cara penyelesaian yang biasa digunakan seperti mengikat botol air panas di tubuh bayi mereka, atau meletakkan bayi di bawah mentol lampu seperti yang anda lihat di sini -- kaedah-kaedah yang tidak berkesan dan tidak selamat. Saya telah berkali-kali menyaksikannya sendiri.
On one of my first trips to India, I met this young woman, Sevitha, who had just given birth to a tiny premature baby, Rani. She took her baby to the nearest village clinic, and the doctor advised her to take Rani to a city hospital so she could be placed in an incubator. But that hospital was over four hours away, and Sevitha didn't have the means to get there, so her baby died.
Semasa kunjungan pertama saya ke India, saya bertemu wanita muda ini, Sevitha, yang baru melahirkan seorang bayi tidak cukup bulan yang sangat kecil bernama Rani. Dia bawa bayinya ke klinik kampung yang terdekat, dan doktor itu menasihatinya untuk membawa Rani ke hospital bandar supaya bayinya diletakkan di dalam inkubator. Tetapi hospital itu terletak sejauh empat jam perjalanan. Dan Sevitha tidak mempunyai kemampuan untuk ke sana, akibatnya, bayinya mati.
Inspired by this story, and dozens of other similar stories like this, my team and I realized what was needed was a local solution, something that could work without electricity, that was simple enough for a mother or a midwife to use, given that the majority of births still take place in the home. We needed something that was portable, something that could be sterilized and reused across multiple babies and something ultra-low-cost, compared to the 20,000 dollars that an incubator in the U.S. costs.
Peristiwa ini, serta banyak lagi peristiwa seperti ini, memberi ilham kepada pasukan saya apa yang diperlukan ialah satu penyelesaian tempatan, sesuatu yang boleh dikendalikan tanpa bekalan elektrik, yang mudah digunakan oleh seorang ibu atau bidan, memandangkan kebanyakan kelahiran masih berlaku di rumah. Kita perlukan sesuatu yang mudah alih, sesuatu yang boleh disteril dan diguna semula pada ramai bayi-bayi, dan sesuatu yang kosnya sangat rendah, berbanding dengan harga 20,000 dolar bagi sebuah inkubator di Amerika Syarikat.
So, this is what we came up with. What you see here looks nothing like an incubator. It looks like a small sleeping bag for a baby. You can open it up completely. It's waterproof. There's no seams inside so you can sterilize it very easily. But the magic is in this pouch of wax. This is a phase-change material. It's a wax-like substance with a melting point of human body temperature, 37 degrees Celsius. You can melt this simply using hot water and then when it melts it's able to maintain one constant temperature for four to six hours at a time, after which you simply reheat the pouch. So, you then place it into this little pocket back here, and it creates a warm micro-environment for the baby.
Jadi, ini yang kami cipta. Apa yang anda lihat di sini bentuknya tidak seperti sebuah inkubator. Ia berbentuk seperti beg tidur comel untuk bayi. Anda boleh membuka keseluruhannya. Ia kalis air. Di dalamnya tidak berkelim, jadi anda boleh mensterilnya dengan mudah. Tetapi keajaibannya ialah pada kantung lilin ini. Ini adalah bahan ubah fasa. Ia bahan seperti lilin dengan takat cair sama dengan suhu badan manusia, 37 darjah selsius. Anda dengan mudah boleh mencairkannya menggunakan air panas dan apabila sudah cair, ia boleh kekal dalam satu tahap suhu sahaja selama empat hingga enam jam dalam satu-satu masa, selepas itu anda cuma panaskan semula kantung itu. Anda letakkan di dalam poket kecil di belakang ini, dan ia menghasilkan satu sekitaran mikro yang hangat untuk bayi itu.
Looks simple, but we've reiterated this dozens of times by going into the field to talk to doctors, moms and clinicians to ensure that this really meets the needs of the local communities. We plan to launch this product in India in 2010, and the target price point will be 25 dollars, less than 0.1 percent of the cost of a traditional incubator.
Ia kelihatan mudah, tetapi kami telah mengubah suaikannya berulang kali melalui perbincangan dengan doktor-doktor, ibu-ibu dan klinisian-klinisian, untuk memastikan ia benar-benar memenuhi keperluan masyarakat tempatan. Kami merancang untuk melancarkan produk ini di India pada 2010. Dan harga sasarannya ialah 25 dolar, kurang dari 0.1 peratus dari kos sebuah inkubator biasa.
Over the next five years we hope to save the lives of almost a million babies. But the longer-term social impact is a reduction in population growth. This seems counterintuitive, but turns out that as infant mortality is reduced, population sizes also decrease, because parents don't need to anticipate that their babies are going to die. We hope that the Embrace infant warmer and other simple innovations like this represent a new trend for the future of technology: simple, localized, affordable solutions that have the potential to make huge social impact.
Menjelang lima tahun mendatang, kami berharap dapat menyelamatkan nyawa sehingga sejuta orang bayi. Tetapi kesan sosial jangka panjangnya ialah pengurangan pertumbuhan penduduk. Ini agak bertentangan, tetapi hasilnya ialah apabila kadar kematian bayi berkurangan saiz penududuk juga berkurangan, sebab ibu bapa tidak perlu menjangkakan yang bayi mereka akan mati. Kami berharap bahawa penghangat bayi Embrace ini dan lain-lain inovasi seperti ini merupakan satu trend baru bagi masa depan teknologi: penyelesaian yang mudah, setempat, mampu milik yang berpotensi menghasilkan impak sosial yang besar.
In designing this we followed a few basic principles. We really tried to understand the end user, in this case, people like Sevitha. We tried to understand the root of the problem rather than being biased by what already exists. And then we thought of the most simple solution we could to address this problem. In doing this, I believe we can truly bring technology to the masses. And we can save millions of lives through the simple warmth of an Embrace.
Semasa mereka bentuk alat ini, kami mengikuti beberapa prinsip asas. Kami benar-benar cuba memahami penggunanya, dalam kes ini, orang seperti Sevitha. Kami cuba memahami punca masalahnya tanpa bersikap berat sebelah dengan apa yang pernah ada. Kemudian kami memikirkan penyelesaian yang paling mudah untuk kami menyelesaikan masalah ini. Dengan ini, saya yakin kami benar-benar boleh membawa teknologi kepada orang awam. Dan kami boleh menyelamatkan jutaan nyawa, melalui kehangatan satu dakapan Embrace yang mudah.