I come from a family of five brothers, all scientists and engineers. A few years ago, I sent them the following email: "Dear brothers, I hope this message finds you well. I am emailing to let you know that I'm dropping out of my master's program in engineering to pursue a career as a full-time musician. All that I ask from you is not to worry about me."
Dalam keluarga, saya ada lima saudara lelaki semuanya saintis dan jurutera. Beberapa tahun lepas, saya hantar e-mel begini kepada mereka: "Saudaraku, saya harap e-mel ini diterima dalam keadaan baik. Saya menulis e-mel ini untuk memberitahu saya tidak mahu lagi melanjutkan program sarjana kejuruteraan kerana mahu menjadi ahli muzik sepenuh masa. Hanya satu permintaan, usahlah kalian risau akan saya."
Brother number one replied. He was encouraging but a bit skeptical. He said, "I wish you the best of luck. You're going to need it."
Saudara yang pertama membalas. Dia beri galakan tapi sedikit ragu-ragu. Katanya, "Aku ucapkan selamat berjaya. Kau akan hargai ucapan ini."
(Laughter)
(Ketawa)
Brother number two was a little bit more skeptical. He said, "Don't do it! This will be the worst mistake of your life. Find a real career."
Yang kedua lebih banyak lagi ragunya. Katanya, "Jangan! Ini akan jadi kesilapan terbesar dalam hidup kau. Carilah kerjaya sebenar.
(Laughter)
(Ketawa)
Well, the rest of my brothers were so enthusiastic about my decision, they didn't even respond.
Tapi, adik-beradik yang lain sangat teruja dengan keputusan saya, sampai tak membalas apa-apa.
(Laughter)
(Ketawa)
I know that the skepticism coming from my brothers is out of care and concern for me. They were worried. They thought it would be difficult to make it as an artist, that it will be a challenge. And you know what? They were right. It is such a challenge to be a full-time artist. I have so many friends who need to have a second job as a plan B in order to pay for the bills, except that plan B sometimes becomes their plan A. And it's not just my friends and I who experience this. The US Census Bureau states that only 10 percent of art school graduates end up working as full-time artists. The other 90 percent, they change careers, they work in marketing, sales, education and other fields.
Saya tahu rasa ragu-ragu adik-beradik lelaki saya adalah kerana mereka peduli dan prihatin. Mereka risau. Mereka fikir hidup sebagai artis sukar mahu cari makan, hidup sebagai artis banyak cabaran. Anda tahu tak? Mereka betul. Memang sangat mencabar jadi artis sepenuh masa. Saya ada ramai kawan yang terpaksa cari kerja sampingan sebagai pelan B untuk selesaikan bil, cuma kadang-kadang pelan B ini akhirnya jadi pelan A. Dan bukan saya dan kawan-kawan sahaja melalui perkara ini. Biro Bancian AS mengatakan hanya 10 peratus graduan sekolah seni akhirnya menjadi artis sepenuh masa. 90 peratus lagi telah bertukar kerjaya, mereka bekerja dalam pemasaran, jualan, pendidikan dan bidang-bidang lain.
But this is not news, right? We almost expect the artist to be a struggling artist. But why should we expect that?
Tapi ini bukan perkara baharu, bukan? Sudah jadi anggapan kita artis memang perlu kais pagi makan pagi. Tapi kenapa kita anggapkan begitu?
I read an article in the "Huffington Post" saying that four years ago, the European Union began the world's largest ever arts funding initiative. Creative Europe will give 2.4 billion dollars to over 300,000 artists. In contrast, the US budget for our National Endowment for the Arts, the largest single funder for the arts across the United States, is merely 146 million dollars. To put things into perspective, the US budget for the military marching bands alone is almost twice as much as the entire NEA.
Saya baca satu artikel di "Huffington Post" mengatakan yang empat tahun lepas, Kesatuan Eropah memulakan inisiatif pendanaan seni yang terbesar di dunia. Eropah yang penuh kreativiti akan menyalurkan 2.4 bilion dolar kepada lebih 300,000 artis. Sebagai perbandingan, belanjawan AS untuk Pembiayaan Kesenian Nasional (NEA), satu-satunya pembiaya terbesar tunggal untuk hal-hal seni di seluruh AS, hanyalah 146 juta dolar. Apabila dilihat secara menyeluruh, belanjawan AS untuk kumpulan kawat ketenteraan sahaja dua kali lebih banyak daripada NEA.
Another striking image comes from Brendan McMahon for the "Huffington Post," saying that out of the one trillion dollar budget for military and defense-related spending, if only 0.05 percent were allocated to the arts, we would be able to pay for 20 full-time symphony orchestras at 20 million dollars apiece, and give over 80,000 artists an annual salary of 50,000 dollars each. If that's only 0.05 percent, imagine what a full one percent could do.
Satu lagi gambaran jelas oleh Brendan McMahon di "Huffington Post," mengatakan daripada belanjawan satu trilion dolar untuk ketenteraan dan belanja berkaitan pertahanan, jika hanya 0.05 peratus diperuntukkan untuk seni, kita akan mampu membayar 20 simfoni orkestra sepenuh masa pada kadar 20 juta dolar setiap satu, dan beri lebih 80,000 artis pendapatan tahunan 50,000 dolar seorang. Kalau itu 0.05 peratus sahaja, bayangkan kalau dapat 1 peratus.
Now, I know we live in a capitalist society, and profits matter a lot. So let's look at it from a financial angle, shall we? The US nonprofit arts industry generates more than 166 billion dollars in economic activity, it employs 5.7 million people and it returns 12.6 billion dollars in tax revenue.
Saya tahu kini kita hidup dalam masyarakat kapitalis, dan keuntungan sangat penting. Jadi mari kita lihat dari sudut kewangan. Industri kesenian tidak berasas keuntungan AS menjana lebih daripada 166 bilion dolar dari sudut aktiviti ekonomi, memberi pekerjaan kepada 5.7 juta orang dan memulangkan 12.6 bilion dolar dalam bentuk hasil percukaian.
But this is only a financial angle, right? We all know that the arts is way more than just an economic value. The arts brings meaning to life. It's the spirit of our culture. It brings people together and it supports creativity and social cohesion.
Tapi ini hanya sudut kewangan, bukan? Kita semua tahu seni adalah lebih daripada sekadar nilai ekonomi. Seni membawa makna dalam hidup. Seni ialah nadi kebudayaan kita. Seni mengeratkan hubungan dan mendukung kreativiti juga persepaduan sosial.
But if the arts contributes this much to our economy, why then do we still invest so little in arts and artists? Why do more than 80 percent of our schools nationwide still experience budget cuts in arts education programs? What is it about the value of arts and artists that we still don't understand?
Tetapi kalaulah seni menyumbang sebegini banyak kepada ekonomi kita, kenapa kita masih lagi melabur terlalu sedikit untuk seni dan artis? Kenapa lebih 80 peratus sekolah-sekolah kita di seluruh negara masih mengalami potongan bajet dalam program pendidikan seni? Apakah ada sesuatu tentang nilai kesenian dan artis yang kita masih belum fahami?
I believe the system is flawed and far from being fair, and I want to help change that. I want to live in a society where artists are more valued and have more cultural and financial support so they can focus on creating arts instead of being forced to drive Ubers or take corporate jobs they'd rather not have. There are other sources of income for artists, however. There are private foundations, grants and patrons who give money, except a vast majority of artists don't know about these opportunities. On one side you have institutions and people with money. On the other side you have artists seeking funding, but the artists don't know about the people with the money, and the people with the money don't necessarily know about the artists out there.
Saya percaya sistem kita tidak sempurna dan jauh sekali daripada berlaku adil, dan saya mahu menukar keadaan ini. Saya mahu hidup dalam masyarakat yang artisnya lebih dihargai dan mendapat lebih sokongan kebudayaan dan kewangan agar mereka boleh fokus melahirkan karya bukan terpaksa menjadi pemandu Uber atau membuat kerja-kerja korporat yang mereka tidak mahu. Ada sumber pendapatan lain untuk artis, sebenarnya. Ada yayasan-yayasan persendirian, geran dan penaung yang menyumbang, tetapi kebanyakan artis tidak sedar tentang peluang ini. Pada satu sisi kita ada institusi dan manusia berduit. Pada satu sisi lain kita ada artis yang mencari dana, tetapi artis ini tidak tahu tentang manusia berduit ini, dan manusia berduit ini tidak semestinya tahu tentang artis di luar sana.
This is why I am very excited to share "Grantpa," an online platform that uses technology to match artists with grants and funding opportunities in a way that is easy, fast and less intimidating. Grantpa is only one step towards solving an existing problem of funding inequality, but we need to work collectively on multiple fronts to reevaluate how we view the artists in our society. Do we think of arts as a luxury or a necessity? Do we understand what goes on in the day-to-day life of an artist, or do we still believe that artists, no matter how struggling they are, are happy simply because they're following their passion?
Oleh itu saya berasa sangat teruja untuk berkongsi tentang "Grantpa," platform dalam talian yang menggunakan teknologi untuk memadankan artis dengan geran dan peluang pembiayaan dengan cara mudah, cepat dan tidak mengganggu kenyamanan. Grantpa baru langkah pertama ke arah penyelesaian masalah tentang ketaksamaan pembiayaan, tetapi kita perlu bekerja secara kolektif melalui beberapa pasukan untuk menilai kembali bagaimana kita melihat artis dalam masyarakat. Adakah kita fikirkan seni sebagai kemewahan atau keperluan? Adakah kita faham apa yang dilalui seorang artis dalam hidup sehari-hari, atau kita masih percaya yang artis, tidak kira sehebat mana mereka berjuang, akan tetap gembira kerana mereka sudah mengisi impian mereka?
In a few years, I plan to send my brothers the following email: "Dear brothers, I hope this message finds you well. I am emailing to let you know that I am doing great and so are hundreds of thousands of artists who are being valued more culturally and financially and getting enough funding to focus on their crafts and create more art. I appreciate all of your support. Couldn't have done it without you."
Beberapa tahun lagi, saya merancang untuk menghantar e-mel ini kepada adik-beradik: "Saudaraku, saya harap e-mel ini menemui kalian dalam keadaan baik. Saya menulis untuk memberitahu yang keadaan saya baik begitu juga ratusan ribu lagi artis lain yang kini dinilai lebih tinggi daripada sudut kebudayaan dan kewangan serta mendapat cukup dana untuk bertumpu kepada pekerjaan mereka dan menghasilkan lebih banyak karya seni. Saya hargai semua sokongan. Saya tidak akan berjaya tanpa kalian.
Thank you.
Terima kasih.
(Applause)
(Tepukan)