About a year ago, I asked myself a question: "Knowing what I know, why am I not a vegetarian?" After all, I'm one of the green guys: I grew up with hippie parents in a log cabin. I started a site called TreeHugger -- I care about this stuff. I knew that eating a mere hamburger a day can increase my risk of dying by a third. Cruelty: I knew that the 10 billion animals we raise each year for meat are raised in factory farm conditions that we, hypocritically, wouldn't even consider for our own cats, dogs and other pets. Environmentally, meat, amazingly, causes more emissions than all of transportation combined: cars, trains, planes, buses, boats, all of it. And beef production uses 100 times the water that most vegetables do.
Kira-kira setahun lalu, saya menanya diri sendiri satu soalan: "Berdasarkan apa yang saya tahu, kenapa saya bukan seorang vegetarian?" Saya salah seorang pencinta alam: ibu bapa saya golongan hipi; saya membesar di dalam rumah balak. Saya mulakan sebuah laman web yang dipanggil Pemeluk Pokok -- Saya mengambil berat tentang hal-hal ini. Saya tahu bahawa makan satu hamburger setiap hari boleh meningkatkan risiko kematian saya sebanyak 0.33%. Kezaliman: Saya tahu bahawa setiap tahun 10 bilion ekor haiwan diternak di ladang mengikut cara kilang. Secara hipokrit, kita tidak akan membiarkannya berlaku pada kucing, anjing dan haiwan peliharaan kita yang lain. Dari segi alam sekitar, haiwan membebaskan lebih banyak gas berbanding jumlah gas yang dibebaskan semua jenis pengangkutan: kereta, kereta api, pesawat, bas, bot; kesemuanya. Proses pengeluaran daging lembu menggunakan 100 kali ganda air lebih banyak daripada jumlah air yang digunakan untuk sayur-sayuran.
I also knew that I'm not alone. We as a society are eating twice as much meat as we did in the 50s. So what was once the special little side treat now is the main, much more regular. So really, any of these angles should have been enough to convince me to go vegetarian. Yet, there I was -- chk, chk, chk -- tucking into a big old steak.
Saya tahu saya bukan bersendirian. Masyarakat kita makan 2 kali ganda lebih daging berbanding masyarakat pada tahun 50-an. Dulu, apa yang dianggap makanan sampingan khas telah menjadi makanan utama pada masa kini. Jadi, melihat dari mana-mana sudut tersebut, ia sepatutnya dapat meyakinkan saya agar menjadi seorang vegetarian. Tapi -chk, chk, chk -- saya masih makan stik.
So why was I stalling? I realized that what I was being pitched was a binary solution. It was either you're a meat eater or you're a vegetarian, and I guess I just wasn't quite ready. Imagine your last hamburger. (Laughter) So my common sense, my good intentions, were in conflict with my taste buds. And I'd commit to doing it later, and not surprisingly, later never came. Sound familiar?
Kenapa saya melengahkannya? Saya sedar bahawa saya menganggapnya sebagai "pilihan pertama" atau "pilihan kedua", iaitu sama ada saya seorang pemakan daging atau seorang vegetarian. Rasanya, saya belum bersedia. Bayangkan hamburger terakhir anda. (Gelak ketawa) Akal budi saya, niat baik saya, bertentangan dengan tunas rasa saya; jadi, saya melengahkannya. Akhirnya, ia tidak berlaku. Betul?
So I wondered, might there be a third solution? And I thought about it, and I came up with one. I've been doing it for the last year, and it's great. It's called weekday veg. The name says it all: Nothing with a face Monday through Friday. On the weekend, your choice. Simple. If you want to take it to the next level, remember, the major culprits in terms of environmental damage and health are red and processed meats. So you want to swap those out with some good, sustainably harvested fish. It's structured, so it ends up being simple to remember, and it's okay to break it here and there. After all, cutting five days a week is cutting 70 percent of your meat intake.
Jadi, saya tertanya-tanya, adakah terdapat "pilihan ketiga"? Saya berfikir tentangnya dan menemuinya. Saya mengamalkannya sejak tahun lepas, saya sukakannya. Ia dipanggil vegetarian pada hari kerja. Nama itu telah menggambarkannya: Menjadi vegetarian pada hari Isnin hingga hari Jumaat. Pada hujung minggu, ia pilihan anda. Mudah. Jika anda mahu mengamalkannya pada tahap seterusnya, ingat, apa yang paling memudaratkan alam sekitar dan kesihatan ialah daging merah dan daging yang telah diproses. Anda boleh menggantikannya dengan ikan yang berkualiti baik dan dipelihara secara mesra alam. Ia berstruktur, jadi ia agak mudah diingati. Jangan risau jika anda tidak mengamalkannya secara tetap. Tidak makan daging 5 hari seminggu mengurangkan pengambilan daging sebanyak 70%.
The program has been great, weekday veg. My footprint's smaller, I'm lessening pollution, I feel better about the animals, I'm even saving money. Best of all, I'm healthier, I know that I'm going to live longer, and I've even lost a little weight.
Amalan ini sangat baik, vegetarian pada hari kerja. sumbangan karbon saya berkurang, Saya mengurangkan pencemaran, saya tidak begitu rasa bersalah terhadap haiwan, bahkan saya jimatkan wang. Yang terpenting, saya lebih sihat. Saya tahu bahawa saya akan hidup lebih lama, bahkan jumlah berat badan saya menurun sedikit.
So, please ask yourselves, for your health, for your pocketbook, for the environment, for the animals: What's stopping you from giving weekday veg a shot? After all, if all of us ate half as much meat, it would be like half of us were vegetarians.
Jadi, sila tanya diri anda, demi kesihatan anda, demi wang anda, demi alam sekitar, demi haiwan: Apa yang menghindari anda menjadi vegetarian pada hari kerja? Jika kita semua mengurangkan separuh daripada jumlah pengambilan daging, ia seakan-akan separuh daripada diri kita menjadi vegetarian.
Thank you.
Terima kasih.
(Applause)
(Tepukan)