One way to change our genes is to make new ones, as Craig Venter has so elegantly shown. Another is to change our lifestyles. And what we're learning is how powerful and dynamic these changes can be, that you don't have to wait very long to see the benefits. When you eat healthier, manage stress, exercise and love more, your brain actually gets more blood flow and more oxygen. But more than that, your brain gets measurably bigger. Things that were thought impossible just a few years ago can actually be measured now. This was figured out by Robin Williams a few years before the rest of us.
Satu cara untuk mengubah gen kita ialah dengan menghasilkan yang baru, seperti yang ditunjukkan oleh Craig Venter. Satu lagi ialah dengan mengubah gaya hidup kita. Apa kita pelajari ialah perubahan ini boleh menjadi begitu berkuasa dan dinamik, anda tidak perlu menunggu begitu lama untuk menyaksikan faedahnya. Bila anda makan yang berkhasiat, mengurus tekanan, lebihkan senaman dan kasih-sayang, otak anda sebenarnya menerima lebih banyak bekalan darah dan oksigen. Tetapi lebih dari itu, otak anda boleh membesar. Perkara yang kita fikir tidak mungkin hanya beberapa tahun yang lalu sebenarnya boleh diukur pada masa ini. Hal ini ditemui oleh Robin Williams beberapa tahun sebelum kita semua.
Now, there's some things that you can do to make your brain grow new brain cells. Some of my favorite things, like chocolate and tea, blueberries, alcohol in moderation, stress management and cannabinoids found in marijuana. I'm just the messenger. (Laughter) What were we just talking about? (Laughter) And other things that can make it worse, that can cause you to lose brain cells. The usual suspects, like saturated fat and sugar, nicotine, opiates, cocaine, too much alcohol and chronic stress.
Kini, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan otak anda membiak sel-sel otak yang baru. Beberapa kegemaran saya, seperti coklat dan teh, beri biru, keserdahanaan meminum alkohol, mengurus tekanan dan kanabanoid yang terdapat dalam marijuana. Saya sekadar menyampai. (Gelak ketawa) Apa yang kita baru bicarakan tadi? (Gelak ketawa) Dan perkara lain yang boleh menjadikannya lebih teruk, yang boleh mengakibatkan anda kehilangan sel otak. Antara punca yang biasa seperti lemak tepu dan gula, nikotin, opiat, kokain, terlalu banyak alkohol dan tekanan yang kronik.
Your skin gets more blood flow when you change your lifestyle, so you age less quickly. Your skin doesn't wrinkle as much. Your heart gets more blood flow. We've shown that you can actually reverse heart disease. That these clogged arteries that you see on the upper left, after only a year become measurably less clogged. And the cardiac PET scan shown on the lower left, the blue means no blood flow. A year later -- orange and white is maximum blood flow. We've shown you may be able to stop and reverse the progression of early prostate cancer and, by extension, breast cancer, simply by making these changes. We've found that tumor growth in vitro was inhibited 70 percent in the group that made these changes, whereas only nine percent in the comparison group.
Kulit anda menerima lebih bekalan darah apabila anda mengubah gaya hidup anda, anda mengalami penuaan lebih perlahan, kulit anda tidak banyak berkedut. Jantung anda mendapat lebih banyak bekalan darah. Kami telah tunjukkan bagaimana anda boleh membalikkan penyakit jantung. Arteri tersumbat yang anda lihat di sebelah atas kiri, selepas hanya satu tahun menjadi kurang tersumbat. Dan imbasan PET jantung di sebelah bawah kiri, biru maknanya tiada pengaliran darah. Setahun kemudian - oren dan putih ialah pengaliran darah maksimum. Kami tunjukkan bahawa anda boleh menghentikan dan membalikkan penularan barah prostrat awal dan selanjutnya, barah payu dara, hanya sekadar melakukan perubahan tersebut. Kami dapati pertumbuhan tumor di luar (in vitro) dapat dikekang 70 peratus dalam kumpulan yang membuat perubahan ini, dimana hanya sembilan peratus di dalam kumpulan perbandingan itu.
These differences were highly significant. Even your sexual organs get more blood flow, so you increase sexual potency. One of the most effective anti-smoking ads was done by the Department of Health Services, showing that nicotine, which constricts your arteries, can cause a heart attack or a stroke, but it also causes impotence. Half of guys who smoke are impotent. How sexy is that?
Perbezaan ini sangat penting. Organ seks anda juga mendapat lebih bekalan darah, dan dapat meningkatkan keupayaan seksual. Salah satu iklan anti merokok yang paling berkesan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, menunjukkan bahawa nikotin, yang mencerutkan arteri anda, boleh mengakibatkan serangan jantung atau strok, tetapi ia juga menyebabkan mati pucuk. Separuh dari lelaki yang merokok adalah mati pucuk. Seksikah itu?
Now we're also about to publish a study -- the first study showing you can change gene expression in men with prostate cancer. This is what's called a heat map -- and the different colors -- and along the side, on the right, are different genes. And we found that over 500 genes were favorably changed -- in effect, turning on the good genes, the disease-preventing genes, turning off the disease-promoting genes.
Kini kita juga akan menerbitkan satu kajian -- kajian menunjukkan anda boleh mengubah pentafsiran gen lelaki yang menghidap barah prostrat Ini disebut sebagai peta haba warna yang berbeza dan yang di sebelah kanan adalah gen yang berlainan Dan kami dapati lebih 500 gen yang berubah keseluruhannya mengaktifkan gen yang baik, gen yang mencegah penyakit mematikan gen yang menggalakkan penyakit.
And so these findings I think are really very powerful, giving many people new hope and new choices. And companies like Navigenics and DNA Direct and 23andMe, that are giving you your genetic profiles, are giving some people a sense of, "Gosh, well, what can I do about it?" Well, our genes are not our fate, and if we make these changes -- they're a predisposition -- but if we make bigger changes than we might have made otherwise, we can actually change how our genes are expressed. Thank you. (Applause)
Oleh itu, saya fikir penemuan adalah sangat hebat memberikan ramai orang harapan dan pilihan yang baru Dan syarikat seperti Navigenix dan DNA Direct dan 23andMe, yang memberikan profil genetik anda, menimbulkan satu perasaan, "Wah, apa yang saya boleh buat mengenainya?" Gen kita bukanlah ketentuan kita, dan jika kita lakukan perubahan tersebut -- ia bersifat keturunan, tetapi jika kita lakukan perubahan lebih besar dari apa yang kita telah lakukan sebaliknya kita sebenarnya boleh mengubah bagaimana gen kita ditafsirkan. Terima kasih. (Tepuk tangan)