Two weeks ago, I was sitting at the kitchen table with my wife Katya, and we were talking about what I was going to talk about today. We have an 11-year-old son; his name is Lincoln. He was sitting at the same table, doing his math homework. And during a pause in my conversation with Katya, I looked over at Lincoln and I was suddenly thunderstruck by a recollection of a client of mine.
Dua minggu lepas, Saya sedang duduk bersama isteri saya Katya di meja dapur, dan kami sedang berbincang apa yang akan saya perkatakan pada hari ini. Kami mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 tahun; Namanya Lincoln. Dia duduk semeja dengan kami sedang membuat kerja rumah matematik. Dan semasa perbualan dengan Katya terhenti seketika, saya memandang Lincoln. tiba-tiba saya dikejutkan dengan ingatan terhadap seorang anak guam saya.
My client was a guy named Will. He was from North Texas. He never knew his father very well, because his father left his mom while she was pregnant with him. And so, he was destined to be raised by a single mom, which might have been all right except that this particular single mom was a paranoid schizophrenic, and when Will was five years old, she tried to kill him with a butcher knife.
Anak guam saya adalah seorang lelaki bernama Will. Berasal dari utara Texas. Dia tidak pernah kenal bapanya sendiri kerana ketika ibunya sedang mengandung bapanya meninggalkan mereka. Dia ditakdirkan untuk dibesarkan oleh ibunya sahaja yang mungkin juga sesuatu yang baik tetapi ibu tunggal ini menghidap penyakit skizofrenia paranoid, dan semasa Will berusia lima tahun, ibunya cuba membunuhnya dengan sebilah pisau pemotong daging.
She was taken away by authorities and placed in a psychiatric hospital, and so for the next several years Will lived with his older brother, until he committed suicide by shooting himself through the heart. And after that Will bounced around from one family member to another, until, by the time he was nine years old, he was essentially living on his own.
Ibunya dimasukkan ke sebuah hospital sakit jiwa oleh pihak berkuasa, jadi beberapa tahun selepas itu Will tinggal bersama-sama abangnya sehinggalah abang Will membunuh diri dengan menembak diri sendiri di bahagian jantung Dan selepas itu Will berpindah-randah dari satu ahli keluarga ke satu ahli yang lain,
That morning that I was sitting with Katya and Lincoln, I looked at my son, and I realized that when my client, Will, was his age, he'd been living by himself for two years. Will eventually joined a gang and committed a number of very serious crimes, including, most seriously of all, a horrible, tragic murder. And Will was ultimately executed as punishment for that crime.
sehinggalah, semasa dia berumur sembilan tahun, dia tinggal bersendirian. Pagi itu, semasa saya duduk bersama Katya dan Lincoln, saya memandang anak saya, dan teringat yang anak guam saya, Will, semasa usianya sebaya Lincoln telah hidup sendirian selama dua tahun. Akhirnya Will menyertai satu geng dan melakukan beberapa jenayah serius, termasuklah, yang paling serius, satu pembunuhan yang tragik. Dan akhirnya Will dijatuhkan hukuman mati atas jenayah itu.
But I don't want to talk today about the morality of capital punishment. I certainly think that my client shouldn't have been executed, but what I would like to do today instead is talk about the death penalty in a way I've never done before, in a way that is entirely noncontroversial.
Tetapi hari ini saya tidak mahu membicarakan tentang moral hukuman mati. Sudah semestinya saya fikir anak guam saya tidak patut dihukum bunuh, tetapi apa yang saya mahu perkatakan adalah tentang hukuman mati dalam cara yang belum pernah saya bicarakan, dalam cara yang langusng tidak kontroversi.
I think that's possible, because there is a corner of the death penalty debate -- maybe the most important corner -- where everybody agrees, where the most ardent death penalty supporters and the most vociferous abolitionists are on exactly the same page. That's the corner I want to explore.
Saya rasa ia boleh dilakukan, kerana ada satu sudut dalam perdebatan tentang hukuman mati -- mungkin juga sudut yang paling penting -- yang dipersetujui oleh semua orang, yang mana penyokong kuat hukuman mati dan mereka yang mahu ia dihapuskan mempunyai pendapat yang sama.
Before I do that, though, I want to spend a couple of minutes telling you how a death penalty case unfolds, and then I want to tell you two lessons that I have learned over the last 20 years as a death penalty lawyer from watching well more than a hundred cases unfold in this way.
Itulah sudut yang saya mahu bicarakan. Sebelum itu, izinkan saya menggunakan beberepa minit untuk memaklumkan kepada anda bagaimana satu kes hukuman mati berkembang dan kemudian saya ingin memberitahu anda dua perkara yang saya pelajari sepanjang 20 tahun lalu sebagai seorang peguam kes hukuman mati, dengan menyaksikan lebih daripada 100 kes yang berkembang dalam cara ini.
You can think of a death penalty case as a story that has four chapters. The first chapter of every case is exactly the same, and it is tragic. It begins with the murder of an innocent human being, and it's followed by a trial where the murderer is convicted and sent to death row, and that death sentence is ultimately upheld by the state appellate court.
Anda boleh menganggap yang kes hukuman mati ini sebagai satu kisah yang mempunyai empat bab. Bab pertama setiap kes serupa sahaja, dan ia memang tragik. Ia bermula dengan satu pembunuhan seorang manusia yang tidak berdosa. diikuti pula oleh satu perbicaraan yang mana pembunuh itu didapati bersalah dan dihukum mati, dan akhirnya hukuman mati didukung oleh mahkamah rayuan negeri.
The second chapter consists of a complicated legal proceeding known as a state habeas corpus appeal. The third chapter is an even more complicated legal proceeding known as a federal habeas corpus proceeding. And the fourth chapter is one where a variety of things can happen. The lawyers might file a clemency petition, they might initiate even more complex litigation, or they might not do anything at all. But that fourth chapter always ends with an execution.
Bab yang kedua mengandungi satu prosiding undang-undang yang sulit dikenali sebagai rayuan habeas corpus negeri. Bab yang ketiga pula mengandungi prosiding yang lebih sulit dan dikenali sebagai prosiding habeas corpus persekutuan. Dan bab yang keempat adalah bab di mana beberapa perkara boleh berlaku. Peguam mungkin akan memfailkan petisyen pengampunan, mereka mungkin akan memulakan litigasi yang lebih kompleks, atau mereka mungkin tidak akan melakukan apa-apa. Tetapi bab keempat ini selalunya berakhir dengan satu penghukuman.
When I started representing death row inmates more than 20 years ago, people on death row did not have a right to a lawyer in either the second or the fourth chapter of this story. They were on their own. In fact, it wasn't until the late 1980s that they acquired a right to a lawyer during the third chapter of the story. So what all of these death row inmates had to do was rely on volunteer lawyers to handle their legal proceedings. The problem is that there were way more guys on death row than there were lawyers who had both the interest and the expertise to work on these cases.
Apabila saya mula mewakili banduan-banduan yang dihukum mati lebih 20 tahun yang lalu, mereka yang sedang menunggu hukuman mati tidak berhak untuk mendapatkan seorang peguam sama ada dalam bab kedua atau keempat cerita ini. Mereka bersendirian. Hakikatnya, hanya pada akhir tahun 1980-an mereka berhak mendapatkan seorang peguam semasa bab ketiga cerita mereka. Jadi apa yang banduan-banduan yang sedang menunggu hukuman mati ini harus lakukan adalah bergantung kepada peguam-peguam sukarela bagi menguruskan prosiding perundangan mereka. Masalahnya, banduan yang sedang menunggu hukuman mati adalah lebih ramai daripada para peguam yang mempunyai minat dan kepakaran untuk menguruskan kes-kes ini.
And so inevitably, lawyers drifted to cases that were already in chapter four -- that makes sense, of course. Those are the cases that are most urgent; those are the guys who are closest to being executed. Some of these lawyers were successful; they managed to get new trials for their clients. Others of them managed to extend the lives of their clients, sometimes by years, sometimes by months.
Jadi, memang tidak dapat dielakkan apabila para peguam menguruskan kes-kes yang memang sudah berada di tahap bab keempat -- memang patutlah kerana kes-kes itu yang paling penting kerana mereka adalah banduan yang paling hampir untuk dihukum mati. Sesetengah peguam ini berjaya; mendapatkan perbicaraan-perbicaraan baru untuk pelanggan mereka. Ada yang berjaya memanjangkan usia para pelanggan mereka, kadang kala untuk beberapa tahun, ada yang untuk beberapa bulan.
But the one thing that didn't happen was that there was never a serious and sustained decline in the number of annual executions in Texas. In fact, as you can see from this graph, from the time that the Texas execution apparatus got efficient in the mid- to late 1990s, there have only been a couple of years where the number of annual executions dipped below 20.
Namun satu perkara yang tidak pernah berlaku adalah tiadanya kadar penurunan yang serius dalam jumlah hukuman mati tahunan di Texas. Seperti yang dapat dilihat daripada graf ini, daripada masa peralatan hukuman mati di Texas menjadi lebih efisien pada pertengahan sehingga akhir tahun 1990-an, hanya ada beberapa tahun yang mana jumlah hukuman mati tahunan berkurangan di bawah 20.
In a typical year in Texas, we're averaging about two people a month. In some years in Texas, we've executed close to 40 people, and this number has never significantly declined over the last 15 years. And yet, at the same time that we continue to execute about the same number of people every year, the number of people who we're sentencing to death on an annual basis has dropped rather steeply.
Dalam satu tahun tipikal di Texas, purata hukuman mati adalah dua orang dalam masa satu bulan. Dalam sesetengah tahun di Texas, kita telah menghukum mati hampir 40 orang, dan bilangan ini tidak pernah berkurangan secara ketara sepanjang 15 tahun belakangan ini. Dan pada masa yang sama kita terus menghukum banduan dalam bilangan yang sama setiap tahun bilangan banduan yang kita hukum mati secara tahunan
So we have this paradox,
telah berkurangan dengan agak banyak.
which is that the number of annual executions has remained high but the number of new death sentences has gone down. Why is that? It can't be attributed to a decline in the murder rate, because the murder rate has not declined nearly so steeply as the red line on that graph has gone down. What has happened instead is that juries have started to sentence more and more people to prison for the rest of their lives without the possibility of parole, rather than sending them to the execution chamber.
Jadi kita menghadapi paradoks ini, iaitu bilangan hukuman mati tahunan masih tetap tinggi tetapi bilangan hukuman mati yang baru telah berkurangan. Mengapa? Ia tidak mungkin disebabkan pengurangan dalam kadar jenayah, kerana kadar jenayah tidak berkurangan sebanyak yang ditunjukkan oleh garisan merah dalam graf itu. Apa yang berlaku adalah para juri sudah semakin banyak menjatuhkan hukuman kepada mereka yang bersalah penjara seumur hidup tanpa ada kemungkinan mendapatkan parol, daripada menghantar mereka untuk dihukum mati.
Why has that happened? It hasn't happened because of a dissolution of popular support for the death penalty. Death penalty opponents take great solace in the fact that death penalty support in Texas is at an all-time low. Do you know what all-time low in Texas means? It means that it's in the low 60 percent. Now, that's really good compared to the mid-1980s, when it was in excess of 80 percent, but we can't explain the decline in death sentences and the affinity for life without the possibility of parole by an erosion of support for the death penalty, because people still support the death penalty.
Mengapa ini berlaku? ia tidak berlaku disebabkan oleh hilangnya sokongan popular untuk hukuman mati. Penentang hukuman mati berasa sangat lega kerana sokongan untuk hukuman mati di Texas surut pada kadar terendah Tahukah anda di Texas surut kadar terendah maksudnya apa? Maksudnya ia berada pada paras 60 peratus. Itu sangat baik berbanding dengan pada pertengahan tahun 1980-an apabila sokongan berlebihan sehingga 80 peratus, tetapi kita tidak boleh menjelaskan pengurangan dalam hukuman mati dan tarikan untuk penjara seumur hidup tanpa parol dengan hakisan sokongan untuk hukuman mati kerana, rakyat masih menyokong hukuman mati.
What's happened to cause this phenomenon? What's happened is that lawyers who represent death row inmates have shifted their focus to earlier and earlier chapters of the death penalty story.
Apa yang menyebabkan fenomena ini? Apa yang berlaku adalah para peguam yang mewakili banduan yang menunggu hukuman mati telah memindahkan fokus mereka kepada bab-bab terawal dalam cerita hukuman mati ini.
So 25 years ago, they focused on chapter four. And they went from chapter four 25 years ago to chapter three in the late 1980s. And they went from chapter three in the late 1980s to chapter two in the mid-1990s. And beginning in the mid- to late 1990s, they began to focus on chapter one of the story.
25 tahun lalu, mereka memfokus kepada bab empat. Dan pada akhir tahun 1980-an mereka membawa fokus mereka kepada bab tiga Dan dari bab tiga pada hujung tahun 1980-an kepada bab dua pada pertengahan 1990-an. Dan bermula pertengahan ke akhir 1990-an mereka mula menumpukan perhatian kepada bab satu cerita ini.
Now, you might think that this decline in death sentences and the increase in the number of life sentences is a good thing or a bad thing. I don't want to have a conversation about that today. All that I want to tell you is that the reason that this has happened is because death penalty lawyers have understood that the earlier you intervene in a case, the greater the likelihood that you're going to save your client's life. That's the first thing I've learned.
Anda mungkin beranggapan yang pengurangan dalam hukuman mati dan peningkatan dalam bilangan hukuman penjara seumur hidup samada perkara baik atau tidak baik. Saya tidak mahu memperkatakan tentang itu pada hari ini. Apa yang ingin saya katakan kepada anda sebab perkara ini berlaku adalah para peguam hukuman mati telah memahami bahawa lagi awal campurtangan dalam sesuatu kes, lagi besar peluang untuk menyelamatkan nyawa anak guam mereka. Itulah perkara pertama yang saya pelajari.
Here's the second thing I learned: My client Will was not the exception to the rule; he was the rule. I sometimes say, if you tell me the name of a death row inmate -- doesn't matter what state he's in, doesn't matter if I've ever met him before -- I'll write his biography for you. And eight out of 10 times, the details of that biography will be more or less accurate.
Dan ini adalah perkara kedua: Anak guam saya Will bukanlah satu pengecualian dalam peraturan ini: dia adalah peraturan itu. Kadangkala saya berkata, jika anda memberitahu saya nama seorang banduan yang sedang menunggu hukuman mati -- tidak kiralah apa jua keadaannya, sama ada saya pernah bertemu dengannya atau tidak -- Saya boleh menulis biografinya. Dan lapan kali daripada 10, perincian-perincian di dalam biografi tersebut
And the reason for that is that 80 percent of the people on death row are people who came from the same sort of dysfunctional family that Will did. Eighty percent of the people on death row are people who had exposure to the juvenile justice system. That's the second lesson that I've learned.
biasanya akan tepat. Sebabnya adalah 80 peratus banduan yang sedang menunggu hukuman mati adalah mereka yang berasal dari keluarga yang porak-peranda seperti keluarga Will. 80 peratus mereka yang sedang menunggu hukuman mati adalah mereka yang pernah berada dalam sistem keadilan juvenil. Itu adalah perkara kedua
Now we're right on the cusp of that corner
saya pelajari.
where everybody's going to agree. People in this room might disagree about whether Will should have been executed, but I think everybody would agree that the best possible version of his story would be a story where no murder ever occurs. How do we do that?
Sekarang kita berada betul-betul di bucu sudut tersebut yang mana semua orang bersetuju Mereka yang berada di dewan ini mungkin tidak bersetuju mengenai sama ada Will patut dihukum atau tidak, tetapi saya rasa semua orang akan bersetuju yang versi terbaik cerita Will adalah kisah yang mana tiada pembunuhan berlaku.
When our son Lincoln was working on that math problem two weeks ago,
Bagaimana caranya?
it was a big, gnarly problem. And he was learning how, when you have a big old gnarly problem, sometimes the solution is to slice it into smaller problems. That's what we do for most problems -- in math, in physics, even in social policy -- we slice them into smaller, more manageable problems. But every once in a while, as Dwight Eisenhower said, the way you solve a problem is to make it bigger.
Apabila anak kami Lincoln sedang menyelesaikan masalah matematik itu dua minggu yang lalu, ia merupakan satu masalah yang besar dan mencabar Dan dia belajar bagaimana, apabila menghadapi masalah yang besar dan mencabar, kadangkala penyelesaiannya adalah menjadikannya masalah-masalah kecil Ituah yang kita lakukan untuk kebanyakan masalah - dalam matematik dan fizik, kadang kala dalam polisi sosial -- kita jadikan ia masalah-masalah yang lebih kecil dan lebih mudah diuruskan. Tetapi kadang kala, seperti yang dikatakan oleh Dwight Eisenhower, cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah dengan menjadikannya besar.
The way we solve this problem is to make the issue of the death penalty bigger. We have to say, all right. We have these four chapters of a death penalty story, but what happens before that story begins? How can we intervene in the life of a murderer before he's a murderer? What options do we have to nudge that person off of the path that is going to lead to a result that everybody -- death penalty supporters and death penalty opponents -- still think is a bad result: the murder of an innocent human being?
Cara kita menyelesaikan masalah ini adalah menjadikan isu hukuman mati ini satu isu yang besar Kita perlu berkata, baiklah. Kita ada empat bab dalam cerita hukuman mati ini, tetapi apa yang berlaku sebelum cerita itu bermula? Bagaimanakah kita boleh campurtangan dalam kehidupan seorang pembunuh sebelum dia menjadi seorang pembunuh Apakah pilihan yang kita ada untuk menghalangnya daripada memasuki jalan yang akan membawanya kepada satu keputusan yang semua orang -- penyokong dan penentang hukuman mati -- anggap adalah satu keputusan yang tidak baik: pembunuhan seorang manusia yang tidak berdosa?
You know, sometimes people say that something isn't rocket science. And by that, what they mean is rocket science is really complicated and this problem that we're talking about now is really simple. Well that's rocket science; that's the mathematical expression for the thrust created by a rocket. What we're talking about today is just as complicated. What we're talking about today is also rocket science.
Ada yang mengatakan sesuatu perkara itu tidaklah sesulit sains membuat roket. Dan dengan itu, mereka maksudkan yang sains membuat roket adalah sangat sukar dan masalah yang kita bincangkan pada hari ini adalah sangat mudah. Itu sains membuat roket; itulah dia gambaran matematik untuk tujahan yang terbentuk oleh sebuah roket. Apa yang kita bincangkan hari ini sama rumitnya. Apa yang kita bincangkan pada hari ini juga
My client Will and 80 percent of the people on death row
adalah sains membuat roket.
had five chapters in their lives that came before the four chapters of the death penalty story. I think of these five chapters as points of intervention, places in their lives when our society could've intervened in their lives and nudged them off of the path that they were on that created a consequence that we all -- death penalty supporters or death penalty opponents -- say was a bad result.
Anak guam saya Will dan 80 peratus banduan yang sedang menunggu hukuman mati mempunyai lima bab dalam kehidupan mereka yang terjadi sebelum empat bab cerita hukuman mati ini. Saya anggap lima bab ini sebagai titik untuk campurtangan, tempat di mana dalam hidup mereka masyarakat boleh campurtangan dan menolak mereka keluar daripada memasuki jalan yang sedang mereka lalui yang menyebabkan terjadinya satu kesan yang kita semua -- penyokong atau penentang hukuman mati -- anggap sebagai satu akibat yang tidak baik.
Now, during each of these five chapters: when his mother was pregnant with him; in his early childhood years; when he was in elementary school; when he was in middle school and then high school; and when he was in the juvenile justice system -- during each of those five chapters, there were a wide variety of things that society could have done. In fact, if we just imagine that there are five different modes of intervention, the way that society could intervene in each of those five chapters, and we could mix and match them any way we want, there are 3,000 -- more than 3,000 -- possible strategies that we could embrace in order to nudge kids like Will off of the path that they're on.
Dalam setiap satu daripada lima bab ini: semasa ibunya mengandungkannya; semasa zaman awal kanak-kanaknya; semasa dia di sekolah rendah; semasa dia di sekolah menengah rendah dan atas; dan semasa dia dalam sistem keadilan juvenil -- semasa setiap satu daripada lima bab ini, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh masyarakat. Jika kita dapat bayangkan ada lima cara campurtangan yang berbeza-beza, cara bagaimana masyarakat boleh campur tangan dalam setiap satu bab itu, dan kita boleh gabung dan padankan cara-cara itu seperti yang kita mahu, ada 3,000 -- lebih daripada 3,000 --strategi-strategi yang boleh dilakukan yang boleh digunakan untuk membantu budak-budak seperti Will keluar daripada jalan yang mereka lalui.
So I'm not standing here today with the solution. But the fact that we still have a lot to learn, that doesn't mean that we don't know a lot already. We know from experience in other states that there are a wide variety of modes of intervention that we could be using in Texas, and in every other state that isn't using them, in order to prevent a consequence that we all agree is bad.
Pada hari ini saya tidak datang untuk memberikan jalan penyelesaian. Ada banyak perkara lagi yang kita mungkin perlu belajar, tetapi itu tidak bermakna masih banyak yang kita tidak tahu. Kita belajar daripada pengalaman negeri-negeri lain banyak kaedah campurtangan yang boleh digunakan di Texas, dan juga di mana-mana negeri yang belum menggunakannya, untuk menghalang akibat yang kita semua setuju adalah sangat buruk.
I'll just mention a few. I won't talk today about reforming the legal system. That's probably a topic that is best reserved for a room full of lawyers and judges. Instead, let me talk about a couple of modes of intervention that we can all help accomplish, because they are modes of intervention that will come about when legislators and policymakers, when taxpayers and citizens, agree that that's what we ought to be doing and that's how we ought to be spending our money.
Saya akan sebutkan beberapa. Saya tidak akan membicarakan soal reformasi sistem perundangan. Topik itu mungkin paling sesuai untuk para peguam dan hakim. Sebaliknya, biarlah saya memperkatakan tentang beberapa cara campurtangan yang kita boleh capai, kerana ada cara campurtangan yang akan ditemui apabila pembuat undang-undang dan polisi, apabila pembayar cukai dan rakyat, bersetuju yang itulah yang perlu dilakukan dan dengan cara itulah kita perlu membelanjakan wang kita
We could be providing early childhood care for economically disadvantaged and otherwise troubled kids, and we could be doing it for free. And we could be nudging kids like Will off of the path that we're on. There are other states that do that, but we don't.
Kita mungkin boleh memberikan penjagaan awal kanak-kanak untuk mereka yang tidak bernasib baik atau yang bermasalah, dan kita boleh melakukannya tanpa apa-apa bayaran. Dan kita boleh menghalang kanak-kanak seperti Will daripada melalui jalan kehidupan yang sedang mereka jalani. Ada sesetengah negeri yang sedang melakukannya, tetapi tidak negeri kita.
We could be providing special schools, at both the high school level and the middle school level, but even in K-5, that target economically and otherwise disadvantaged kids, and particularly kids who have had exposure to the juvenile justice system. There are a handful of states that do that; Texas doesn't.
Kita boleh menyediakan sekolah-sekolah khas, sama ada pada peringkat menengah atas atau menengah bawah, dan juga pada tahap K-5, yang mensasarkan kanak-kanak yang tidak bernasib baik, khususnya kanak-kanak yang telah terdedah kepada sistem keadilan juvenil. Ada sebilangan kecil negeri yang melakukannya;
There's one other thing we can be doing -- well, there are a bunch of other things --
tetapi tidak Texas.
there's one other thing that I'm going to mention, and this is going to be the only controversial thing that I say today. We could be intervening much more aggressively into dangerously dysfunctional homes, and getting kids out of them before their moms pick up butcher knives and threaten to kill them. If we're going to do that, we need a place to put them.
Ada seperkara lagi yang boleh kita lakukan -- ada beberapa perkara lagi sebenarnya yang boleh kita lakukan -- ada satu perkara yang sepatutnya kita sudah buat yang akan saya sebutkan, dan inilah satu-satunya perkara kontroversi yang saya perkatakan pada hari ini. Kita boleh campurtangan dengan cara yang agresif dalam keluarga-keluarga yang porak-peranda, dan membawa keluar kanak-kanak daripada keluarga itu sebelum ibu mereka mengancam untuk membunuh mereka dengan pisau pemotong daging. Untuk melakukannya,
Even if we do all of those things, some kids are going to fall through the cracks and they're going to end up in that last chapter before the murder story begins, they're going to end up in the juvenile justice system. And even if that happens, it's not yet too late. There's still time to nudge them, if we think about nudging them rather than just punishing them.
kita memerlukan satu tempat untuk meletakkan mereka. Walaupun setelah kita melakukan semua itu, akan masih ada sesetengah yang tercicir dan hidup mereka akan berakhir pada bab terakhir sebelum cerita pembunuhan itu bermula, mereka akan ditempatkan dalam sistem keadilan juvenil. Dan biarpun perkara itu berlaku, masih belum terlambat. Masih ada masa untuk membantu mereka, jika kita mahu membantu mereka
There are two professors in the Northeast -- one at Yale and one at Maryland -- they set up a school that is attached to a juvenile prison. And the kids are in prison, but they go to school from eight in the morning until four in the afternoon. Now, it was logistically difficult. They had to recruit teachers who wanted to teach inside a prison, they had to establish strict separation between the people who work at the school and the prison authorities, and most dauntingly of all, they needed to invent a new curriculum because you know what? People don't come into and out of prison on a semester basis.
bukannya menghukum mereka. Ada dua orang profesor di bahagian Timur Laut -- seoran di Yale dan seorang lagi di Maryland -- mereka menubuhkan sebuah sekolah yang terikat dengan penjara juvenil. Mereka berada di penjara tetapi mereka juga belajar dari pukul lapan pagi sehingga empat petang. Secara logistiknya, agak sukar. Mereka perlu menggaji guru yang mahu mengajar di dalam penjara, mereka perlu mewujudkan satu pemisahan yang jelas di antara mereka yang bekerja dengan sekolah dan dengan pihak penjara, dan tugas yang paling mencabar adalah merangka kuriklum baharu Tahukah anda? Banduan masuk dan keluar penjara bukan mengikut semester.
(Laughter)
But they did all those things.
Tetapi mereka berjaya melakukannya.
Now, what do all of these things have in common? What all of these things have in common is that they cost money. Some of the people in the room might be old enough to remember the guy on the old oil filter commercial. He used to say, "Well, you can pay me now or you can pay me later." What we're doing in the death penalty system is we're paying later.
Apakah persamaan semua perkara ini? Persamaannya adalah kesemuanya memerlukan wang. Mungkin ada sesetengah penonton di sini masih ingat lelaki dalam iklan penapis minyak Dia berkata, "Awak boleh bayar sekarang atau bayar kemudian." Apa yang kita sedang lakukan dalam sistem hukuman mati ini adalah membayar kemudian.
But the thing is that for every 15,000 dollars that we spend intervening in the lives of economically and otherwise disadvantaged kids in those earlier chapters, we save 80,000 dollars in crime-related costs down the road. Even if you don't agree that there's a moral imperative that we do it, it just makes economic sense.
Hakikatnya setiap 15,000 dolar yang kita gunakan untuk campurtangan dalam kehidupan kanak-kanak miskin dan tidak bernasib baik ini dalam bab-bab awal mereka, kita dapat jimatkan 80,000 dolar dalam kos yang berkaitan dengan jenayah di kemudian hari. Walaupun anda tidak bersetuju yang ada sebab moral mengapa kita melakukannya, campurtangan awal ini lebih ekonomi.
I want to tell you about the last conversation that I had with Will. It was the day that he was going to be executed, and we were just talking. There was nothing left to do in his case. And we were talking about his life. And he was talking first about his dad, who he hardly knew, who had died, and then about his mom, who he did know, who was still alive.
Saya ingin memberitahu anda perbualan terakhir saya dengan Will. Pada hari hukuman mati akan dijalankan, kami berbual-bual. Dalam kes Will sudah tiada apa yang boleh dilakukan. Dan kami berbual-bual tentang hidupnya. Dia bercakap tentang bapanya, yang dia tidak kenal, yang sudah meninggal dunia, dan kemudian tentang ibunya, yang dia kenal,
And I said to him, "I know the story. I've read the records. I know that she tried to kill you." I said, "But I've always wondered whether you really actually remember that." I said, "I don't remember anything from when I was five years old. Maybe you just remember somebody telling you."
dan masih hidup. Saya berkata kepadanya "Aku tahu kisahnya. Aku dah baca rekod-rekod. Aku tahu dia cuba bunuh kau." Saya kata, "Tapi aku selalu terfikir betulkah apa yang kau ingat itu." Saya berkata, "Aku tak ingat apa-apa semasa aku berumur lima tahun.
And he looked at me and he leaned forward, and he said, "Professor," -- he'd known me for 12 years, he still called me Professor. He said, "Professor, I don't mean any disrespect by this, but when your mama picks up a butcher knife that looks bigger than you are, and chases you through the house screaming she's going to kill you, and you have to lock yourself in the bathroom and lean against the door and holler for help until the police get there," he looked at me and he said, "that's something you don't forget."
Mungkin apa yang kau ingat, apa yang orang lain bagi tahu." Dia kemudiannya memandang saya dan mendekatkan diri ke hadapan, dan dia berkata, "Profesor," -- dia sudah mengenali saya selama 12 tahun, tapi masih memanggil saya Profesor. Dia kata, "Profesor, aku bukanlah nak kurang ajar, tapi apabila ibu kau mengambil pisau pemotong daging yang nampak gayanya lebih besar daripada badan kau. dan dia kejar kau sambil menjerit yang dia akan membunuh kau, dan kau terpaksa mengunci diri dalam bilik air dan menghalang pintu dan meminta tolong hingga polis sampai," dia memandang saya dan berkata, "itu adalah sesuatu yang kau takkan lupakan."
I hope there's one thing you all won't forget: In between the time you arrived here this morning and the time we break for lunch, there are going to be four homicides in the United States. We're going to devote enormous social resources to punishing the people who commit those crimes, and that's appropriate because we should punish people who do bad things. But three of those crimes are preventable.
Saya harap ada satu perkara yang anda takkan lupakan: Antara masa anda tiba di sini pagi ini dengan masa kita berenti makan tengah hari, akan ada empat kejadian bunuh di Amerika Syarikat. Kita akan menggunakan sumber-sumber sosial yang banyak untuk menghukum mereka yang melakukan jenayah itu, dan itulah yang sepatutnya, kerana kita perlu menghukum mereka yang melakukan perkara jahat. Tetapi tiga daripada jenayah itu boleh dielakkan.
If we make the picture bigger and devote our attention to the earlier chapters, then we're never going to write the first sentence that begins the death penalty story.
Jika kita melihat keseluruhan cerita dan memberikan sepenuh perhatian kita kepada bab-bab awal itu, supaya kita tidak akan menulis perkataan pertama yang memulakan cerita hukuman mati.
Thank you.
Terima kasih.
(Applause)
Tepukan