Everything is interconnected. As a Shinnecock Indian, I was raised to know this. We are a small fishing tribe situated on the southeastern tip of Long Island near the town of Southampton in New York.
Semua benda adalah saling berkaitan. Sebagai seorang Indian Shinnecock, saya dibesarkan untuk mengetahuinya. Kami ialah sebuah suku kaum nelayan yang kecil yang bertempat di hujung bahagian tenggara Long Island, berhampiran dengan bandar Southhampton di New York.
When I was a little girl, my grandfather took me to sit outside in the sun on a hot summer day. There were no clouds in the sky. And after a while I began to perspire. And he pointed up to the sky, and he said, "Look, do you see that? That's part of you up there. That's your water that helps to make the cloud that becomes the rain that feeds the plants that feeds the animals."
Semasa saya kecil, datuk saya bawa saya keluar dan duduk di bawah matahari pada suatu hari yang panas. Tiada awan di langit. Sejenak kemudian, saya mula berpeluh. Dia menunjuk ke arah langit dan kata, "Tengok, kamu nampak itu? Itu sebahagian daripada kamu. Itu air yang membantu mewujudkan awan yang membentuk air hujan, yang membekalkan air kepada tumbuhan, yang membekalkan makanan kepada haiwan."
In my continued exploration of subjects in nature that have the ability to illustrate the interconnection of all life, I started storm chasing in 2008 after my daughter said, "Mom, you should do that."
Dalam penjelajahan saya yang berterusan tentang alam semula jadi yang dapat menggambarkan saling hubungan antara semua hidupan, saya mula mengejar ribut pada tahun 2008 setelah anak perempuan saya kata, "Mak patut lakukannya."
And so three days later, driving very fast, I found myself stalking a single type of giant cloud called the super cell, capable of producing grapefruit-size hail and spectacular tornadoes, although only two percent actually do. These clouds can grow so big, up to 50 miles wide and reach up to 65,000 feet into the atmosphere. They can grow so big, blocking all daylight, making it very dark and ominous standing under them.
Jadi 3 hari kemudian, saya memandu dengan cepat, saya mendapati saya menghendap sejenis awan gergasi yang dipanggil "the super cell". Ia berupaya menghasilkan hujan batu sebesar 5 gedang dan tornado yang sangat besar, walaupun hanya 2% yang berupaya menghasilkannya. Awan ini boleh berkembang dengan besar sehingga seluas 50 batu dan mencecah 65,000 kaki ke udara. Ia boleh berkembang dengan besar, menghalang cahaya matahari, menjadikan keadaan sangat gelap dan sangat tidak menyenangkan hati apabila berdiri di bawahnya.
Storm chasing is a very tactile experience. There's a warm, moist wind blowing at your back and the smell of the earth, the wheat, the grass, the charged particles. And then there are the colors in the clouds of hail forming, the greens and the turquoise blues. I've learned to respect the lightning. My hair used to be straight.
Mengejar ribut melibatkan deria-deria. Terdapat angin hangat dan lembap yang bertiup di belakang anda, dan bau tanah, gandum, rumput, zarah yang bercas. Kemudian, terdapat warna semasa pembentukan batu hujan, warna hijau dan warna firus. Saya telah belajar untuk menghormati kilat. Dulu, rambut saya adalah lulus.
(Laughter)
(Gelak ketawa)
I'm just kidding.
Saya cuma bergurau.
(Laughter)
(Gelak ketawa)
What really excites me about these storms is their movement, the way they swirl and spin and undulate, with their lava lamp-like mammatus clouds. They become lovely monsters.
Apa yang membuat saya teruja tentang ribut-ribut ini ialah pergerakannya, cara ia berlingkar dan beralun, dan awan mamatus. Ia menjadi raksasa yang menyenangkan hati.
When I'm photographing them, I cannot help but remember my grandfather's lesson. As I stand under them, I see not just a cloud, but understand that what I have the privilege to witness is the same forces, the same process in a small-scale version that helped to create our galaxy, our solar system, our sun and even this very planet.
Semasa saya mengambil gambar ribut, saya teringat pengajaran datuk saya. Apabila saya berdiri di bawah ribut, saya bukan saja melihat awan, tapi saya faham bahawa apa yang saya dapat saksikan ialah kuasa yang sama, proses yang sama dalam versi yang kecil yang membantu mewujudkan galaksi kita, sistem suria kita, matahari kita, bahkan planet ini.
All my relations. Thank you.
Kita semua adalah saling berkaitan. Terima kasih.
(Applause)
(Tepukan)