I would like to share with you today a project that has changed how I approach and practice architecture: the Fez River Rehabilitation Project.
Saya mahu berkongsi dengan anda sebuah projek yang telah mengubah pendekatan saya dalam seni bina. Projek Pemulihan Sungai Fez.
My hometown of Fez, Morocco, boasts one of the largest walled medieval cities in the world, called the medina, nestled in a river valley. The entire city is a UNESCO World Heritage Site. Since the 1950s, as the population of the medina grew, basic urban infrastructure such as green open spaces and sewage quickly changed and got highly stressed. One of the biggest casualties of the situation was the Fez River, which bisects the medina in its middle and has been considered for many centuries as the city's very soul. In fact, one can witness the presence of the river's extensive water network all throughout the city, in places such as private and public fountains.
Di lembah sungai bandar Fez di Morocco, terdapat salah sebuah bandar berkubu terbesar di dunia yang dipanggil Medina. Seluruh kawasan in merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO. Sejak tahun 50'an, sedang populasi madina bertambah, infrastruktur asas bandar seperti ruang terbuka hijau dan kumbahan berkembang dan menjadi semakin tertekan. Salah satu mangsa terbesar situasi ini adalah Sungai Fez, yang merentasi medina dan berabad-abad lamanya dianggap sebagai jiwa bandar ini. Sebenarnya, kita dapat menyaksikan kepentingan rangkaian air yang luas sungai ini di seluruh bandar, melalui tempat seperti mata air peribadi dan awam.
Unfortunately, because of the pollution of the river, it has been covered little by little by concrete slabs since 1952. This process of erasure was coupled with the destruction of many houses along the river banks to be able to make machineries enter the narrow pedestrian network of the medina. Those urban voids quickly became illegal parking or trash yards. Actually, the state of the river before entering the medina is pretty healthy. Then pollution takes its toll, mainly due to untreated sewage and chemical dumping from crafts such as tanning. At some point, I couldn't bear the desecration of the river, such an important part of my city, and I decided to take action, especially after I heard that the city received a grant to divert sewage water and to treat it.
Malangnya, oleh sebab pencemaran, sungai ini telah sedikit demi sediki, ditutupi dengan penghadang konkrit sejak 1952. Proses pemadaman ini ditambah pula dengan perobohan banyak rumah di sepanjang tebing sungai untuk membenarkan kemasukan jentera ke jalan-jalan sempit pejalan kaki di medina. Ruang-ruang kosong ini cepat menjadi tempat letak kereta haram ataupun kawasan membuang sampah. Sebenarnya, keadaan sungai sebelum memasuki medina agak bersih. Kemudian pencemaran memberi kesannya, terutamanya kumbahan yang tidak dirawat, dan sisa kimia daripada industri kulit. Pada suatu ketika, saya tidak tahan lagi melihat pembunuhan sungai ini, yang merupakan peninggalan penting bandar saya ini, dan oleh itu, saya nekad untuk bertindak terutamanya selepas mendengar bahawa pihak bandar telah menerima geran untuk memesongkan dan merawat kumbahan
With clean water, suddenly the uncovering of the river became possible, and with luck and actually a lot of pushing, my partner Takako Tajima and I were commissioned by the city to work with a team of engineers to uncover the river. However, we were sneaky, and we proposed more: to convert riverbanks into pedestrian pathways, and then to connect these pathways back to the city fabric, and finally to convert the urban voids along the riverbanks into public spaces that are lacking in the Medina of Fez. I will show you briefly now two of these public spaces.
Dengan air yang bersih, menyelamatkan sungai ini menjadi suatu kemungkinan, dan dengan nasib dan desakan yang banyak, saya dan rakan saya Takako Tajima ditauliahkan oleh bandar untuk bekerjasama dengan sekumpulan jurutera untuk menyelamatkan sungai ini. Namun, kami sebenarnya lebih licik, dan kami telah cadangkan lebih: untuk menukarkan tebing sungai menjadi laluan pejalan kaki, dan menyambungkan laluan ini dengan jaringan fabrik bandar, dan akhirnya menukarkan ruang kosong bandar di sepanjang tebing sungai untuk menjadi ruang awam yang semakin berkurangan di Medina Fez. Saya akan tunjukkan, secara ringkas dua daripada ruang awam ini.
The first one is the Rcif Plaza, which sits actually right on top of the river, which you can see here in dotted lines. This plaza used to be a chaotic transportation hub that actually compromised the urban integrity of the medina, that has the largest pedestrian network in the world. And right beyond the historic bridge that you can see here, right next to the plaza, you can see that the river looked like a river of trash. Instead, what we proposed is to make the plaza entirely pedestrian, to cover it with recycled leather canopies, and to connect it to the banks of the river.
Pertamanya ialah Plaza Rcif, yang sebenarnya terletak betul-betul di atas sungai, yang anda boleh lihat di sini dalam garisan putus-putus. Plaza ini dahulunya sebuah hab pengangkutan yang huru-hara yang sebenarnya, menggangu integriti bandar yang, mempunyai rangkaian pejalan kaki yang terbesar di dunia. Dan selepas jambatan bersejarah yang anda boleh lihat di sini, tepat di sebelah plaza, anda boleh lihat bahawa sungai ini dipenuhi sampah-sarap. Sebagai ganti, kami ingin mengubah plaza, menjadi laluan pejalan kaki sepenuhnya, menutupinya dengan kanopi kulit dikitar semula, dan menyambungkannya dengan tebing-tebing sungai.
The second site of intervention is also an urban void along the river banks, and it used to be an illegal parking, and we proposed to transform it into the first playground in the medina. The playground is constructed using recycled tires and also is coupled with a constructed wetland that not only cleans the water of the river but also retains it when floods occur.
Tapak pemulihan yang kedua juga merupakan ruang kosong bandar di sepanjang tebing sungai dan digunakan sebagai tempat letak kereta haram, dan kami berhasrat mengubahnya menjadi taman permainan pertama di medina. Taman permainan ini dibina menggunakan tayar yang dikitar semula dan ia ditambah pula dengan kawasan wetland yang dibina yang bukan sahaja membersihkan air sungai malah juga menakung air jikalau banjir.
As the project progressed and received several design awards, new stakeholders intervened and changed the project goals and design. The only way for us to be able to bring the main goals of the project ahead was for us to do something very unusual that usually architects don't do. It was for us to take our design ego and our sense of authorship and put it in the backseat and to focus mainly on being activists and on trying to coalesce all of the agendas of stakeholders and focus on the main goals of the project: that is, to uncover the river, treat its water, and provide public spaces for all. We were actually very lucky, and many of those goals happened or are in the process of happening. Like, you can see here in the Rcif Plaza. This is how it looked like about six years ago. This is how it looks like today. It's still under construction, but actually it is heavily used by the local population. And finally, this is how the Rcif Plaza will look like when the project is completed. This is the river, covered, used as a trash yard. Then after many years of work, the river with clean water, uncovered. And finally, you can see here the river when the project will be completed.
Ketika projek ini berkembang dan mula menerima beberapa anugerah pihak-pihak berkepentingan mula campur tangan, dan mengubah matlamat dan reka bentuk projek ini. Satu-satunya cara untuk kami terus membawa matlamat-matlamat utama projek ke hadapan adalah dengan mengambil tindakan luar biasa yang tidak biasa arkitek lakukan. Ianya adalah untuk kami mengambil maruah reka bentuk kami dan rasa sebagai pengarang, dan menepikan kesemuanya, dan memberi tumpuan khusus untuk menjadi aktivis dan mencuba menggabungkan segala agenda pihak-pihak yang berkepentingan serta memberi fokus kepada matlamat utama projek: iaitu, menyelamatkan sungai, merawat airnya, dan membina ruang awam bagi masyarakat. Kami, sebenarnya bernasib baik, dan banyak matlamat tersebut tercapai atau dalam proses untuk dipenuhi. Seperti anda lihat disini, di Plaza Rcif Ia kelihatan begini enam tahun lalu. Ini rupanya hari ini. Ia masih dalam proses pembinaan, tapi sebenarnya, ia banyak digunakan oleh penduduk-penduduk tempatan. Dan akhirnya, inilah rupa Plaza Ricf setelah projek ini selesai. Ini sungai yang ditutupi, digunakan sebagai tapak pembuangan sampah. Setelah bertahun lamanya berkerja, sungai dengan air yang bersih, dikembalikan. Akhir sekali, anda dapat lihat disini, sungai setelah projek ini selesai.
So for sure, the Fez River Rehabilitation will keep on changing and adapting to the sociopolitical landscape of the city, but we strongly believe that by reimagining the role and the agency of the architect, we have set up the core idea of the project into motion; that is, to transform the river from sewage to public space for all, thereby making sure that the city of Fez will remain a living city for its inhabitants rather than a mummified heritage.
Justeru, tentunya, Pemulihan Sungai Fez akan terus bertukar dan menyesuaikan diri dengan landskap sosiopolitik bandar, tetapi kami yakin bahawa dengan memikirkan semula peranan seorang arkitek, kami telah menggerakkan idea teras projek; iaitu, untuk mengubah sungai daripada kumbahan menjadi ruang awam untuk semua, dengan itu memastikan bahawa bandar Fez akan kekal sebagai bandar yang hidup untuk penghuninya dan bukannya suatu warisan mumia.
Thank you very much.
Terima kasih banyak-banyak.
(Applause)
(Tepukan)