Now, if President Obama invited me to be the next Czar of Mathematics, then I would have a suggestion for him that I think would vastly improve the mathematics education in this country. And it would be easy to implement and inexpensive.
JIka Presiden Obama menawarkan saya untuk menjadi Ketua Matematik yang baru, maka saya ada satu cadangan untuknya yang saya fikir akan dapat banyak memperbaiki pendidikan matematik di negara ini. Dan ia mudah untuk dilaksanakan dan tidak mahal.
The mathematics curriculum that we have is based on a foundation of arithmetic and algebra. And everything we learn after that is building up towards one subject. And at top of that pyramid, it's calculus. And I'm here to say that I think that that is the wrong summit of the pyramid ... that the correct summit -- that all of our students, every high school graduate should know -- should be statistics: probability and statistics. (Applause)
Kurikulum matematik kita adalah berdasarkan pada asas aritmetik dan algebra. Dan segala-gala yang kita pelajari selepas itu membina ke arah satu subjek. Dan di puncak piramid itu ialah kalkulus. Dan saya di sini mahu memperkatakan bahawa itu adalah puncak piramid yang salah... puncak yang betul -- di mana semua pelajar kita, setiap lulusan sekolah tinggi perlu tahu -- sepatutnya ialah statistik: kebarangkalian dan statistik. (Tepuk tangan)
I mean, don't get me wrong. Calculus is an important subject. It's one of the great products of the human mind. The laws of nature are written in the language of calculus. And every student who studies math, science, engineering, economics, they should definitely learn calculus by the end of their freshman year of college. But I'm here to say, as a professor of mathematics, that very few people actually use calculus in a conscious, meaningful way, in their day-to-day lives. On the other hand, statistics -- that's a subject that you could, and should, use on daily basis. Right? It's risk. It's reward. It's randomness. It's understanding data.
Maksud saya, jangan salah faham. Kalkulus ialah mata pelajaran yang penting. Ia suatu hasil minda manusia yang hebat. Undang-undang alam ditulis dalam bahasa kalkulus. Dan setiap pelajar yang mempelajari matematik, sains, kejuruteraan, ekonomi, mereka tentu belajar kalkulus di akhir tahun pertama di kolej. Dan di sini saya mahu memperkatakan, sebagai seorang profesor matematik, bahawa segelintir orang yang benar-benar menggunakan kalkulus secara sedar, bermakna dan dalam kehidupan seharian mereka. Sebaliknya, statistik – itu satu mata pelajaran yang anda boleh, dan patut menggunakannya secara harian. Betul? Ia mengenai risiko. Mengenai ganjaran. Mengenai kerawakan. Mengenai pemahaman data.
I think if our students, if our high school students -- if all of the American citizens -- knew about probability and statistics, we wouldn't be in the economic mess that we're in today. (Laughter) (Applause) Not only -- thank you -- not only that ... but if it's taught properly, it can be a lot of fun. I mean, probability and statistics, it's the mathematics of games and gambling. It's analyzing trends. It's predicting the future. Look, the world has changed from analog to digital. And it's time for our mathematics curriculum to change from analog to digital, from the more classical, continuous mathematics, to the more modern, discrete mathematics -- the mathematics of uncertainty, of randomness, of data -- that being probability and statistics.
Saya fikir jika pelajar kita, jika pelajar sekolah tinggi kita -- jika semua warga Amerika -- faham mengenai kebarangkalian dan statistik, kita tidak akan berada dalam kecelaruan ekonomi yang kita hadapi sekarang. Bukan sahaja – terima kasih – bukan sahaja itu... [tetapi] jika ia diajarkan dengan betul, ia menyeronokkan. Maksud saya, kebarangkalian dan statistik, ia adalah matematik permainan dan perjudian. Ia adalah menganalisis tren. Meramalkan masa depan. Lihat, dunia telah berubah dari analog kepada digital. Dan sudah masanya kurikulum matematik kita berubah dari analog kepada digital. Dari matematik yang lebih klasikal dan selanjar, kepada matematik yang lebih moden, diskret. Matematik ketidakpastian, kerawakan, data -- dan itulah kebarangkalian dan statistik.
In summary, instead of our students learning about the techniques of calculus, I think it would be far more significant if all of them knew what two standard deviations from the mean means. And I mean it. Thank you very much. (Applause)
Ringkasnya, daripada pelajar kita belajar teknik kalkulus, saya fikir adalah lebih bererti jika mereka faham apa itu dua sisihan piawai dari min. Dan saya bersungguh-sungguh mengenainya. Terima kasih banyak. (Tepuk tangan)