My big idea is a very, very small idea that can unlock billions of big ideas that are at the moment dormant inside us. And my little idea that will do that is sleep.
Idea besar saya adalah satu idea yang sangat kecil yang boleh membuka berbillion-billion idea-idea besar yang pada masa ini terpendam di dalam diri kita. Dan idea kecil saya adalah tidur.
(Laughter)
(Ketawa)
(Applause)
(Tepukan)
This is a room of type A women. This is a room of sleep-deprived women. And I learned the hard way the value of sleep. Two-and-a-half years ago, I fainted from exhaustion. I hit my head on my desk. I broke my cheekbone, I got five stitches on my right eye. And I began the journey of rediscovering the value of sleep. And in the course of that, I studied, I met with medical doctors, scientists, and I'm here to tell you that the way to a more productive, more inspired, more joyful life is getting enough sleep.
Ini ialah satu bilik perempuan jenis A. Ini ialah satu bilik dengan perempuan yang kekurangan tidur. Dan saya telah mempelajari secara sukar akan nilai tidur. Dua setengah tahun lepas, saya telah pengsan kerana keletihan. Saya terhantuk kepala pada meja saya. Tulang pipi saya patah, saya mendapat 5 jahitan pada mata kanan. Dan saya mulakan perjalanan untuk mencari semula nilai tidur. Dalam proses itu, saya belajar, saya berjumpa dengan doktor perubatan, saintis, dan saya di sini untuk memberitahu anda bahawa jalan mencapai hidup lebih produktif, berinspirasi, seronok ialah mendapat tidur yang cukup.
(Applause)
(Tepukan)
And we women are going to lead the way in this new revolution, this new feminist issue. We are literally going to sleep our way to the top -- literally --
Dan kita wanita akan mengetuai di dalam revolusi baru ini, dalam isu feminis baru ini. Kita akan tidur menuju ke puncak -- sebenar-benarnya --
(Laughter)
(Ketawa)
(Applause)
(Tepukan)
because unfortunately, for men, sleep deprivation has become a virility symbol. I was recently having dinner with a guy who bragged that he had only gotten four hours sleep the night before. And I felt like saying to him -- but I didn't say -- I felt like saying, "You know what? if you had gotten five, this dinner would have been a lot more interesting."
kerana malangnya buat lelaki, kekurangan tidur telah menjadi satu simbol kejantanan. Saya baru makan malam dengan seorang lelaki yang bermegah bahawa dia hanya dapat tidur empat jam semalam. Dan saya mahu memberitahu -- tetapi saya tidak -- Saya rasa nak cakap, “Awak tau tak? jika awak tidur lima jam, makan malam ini akan menjadi lebih menarik.”
(Laughter)
(Ketawa)
There is now a kind of sleep deprivation one-upmanship. Especially here in Washington, if you try to make a breakfast date, and you say, "How about eight o'clock?" they're likely to tell you, "Eight o'clock is too late for me, but that's OK, I can get a game of tennis in and do a few conference calls and meet you at eight." And they think that means they are so incredibly busy and productive, but the truth is, they're not, because we, at the moment, have had brilliant leaders in business, in finance, in politics, making terrible decisions. So a high IQ does not mean that you're a good leader, because the essence of leadership is being able to see the iceberg before it hits the Titanic.
Sekarang seperti ada satu kemegahan mengenai kekurangan tidur. Lagi-lagi Washington ini, jika anda mahu bertemu semasa sarapan, anda kata, “Bagaimana kalau jam lapan?” mereka selalunya berkata, “Jam lapan terlalu lewat untuk saya, tetapi ia OK, saya boleh bermain tenis dan buat panggilan persidangan dan jumpa pukul lapan.” Dan mereka fikir itu bermaksud mereka sangat sibuk dan produktif, tetapi jujurnya, mereka tidak, kerana kita, pada masa ini, telah ada ketua-ketua bijak di dalam perniagaan, kewangan, politik, melakukan keputusan yang teruk. Jadi IQ tinggi tidak bermakna anda adalah ketua yang bagus. kerana asas kepimpinan ialah kemampuan untuk melihat aisberg sebelum ia melanggar Titanic.
(Laughter)
(Ketawa)
And we've had far too many icebergs hitting our Titanics. In fact, I have a feeling that if Lehman Brothers was Lehman Brothers and Sisters, they might still be around.
Dan kita telah ada terlalu banyak aisberg melanggar Titanic kita. Sebenarnya, saya ada satu perasaan jika Lehman Brothers adalah Lehman Brothers and Sisters, mungkin mereka masih ada lagi.
(Laughter)
(Ketawa)
(Applause)
(Tepukan)
While all the brothers were busy just being hyper-connected 24/7, maybe a sister would have noticed the iceberg, because she would have woken up from a seven-and-a-half- or eight-hour sleep, and have been able to see the big picture.
Ketika semua lelaki sibuk hiper terhubung 24/7, mungkin ada perempuan yang perasan ada aisberg, kerana dia mungkin telah terjaga dari tujuh setengah atau lapan jam tidur dan mampu melihat gambaran keseluruhan.
So as we are facing all the multiple crises in our world at the moment, what is good for us on a personal level, what's going to bring more joy, gratitude, effectiveness in our lives and be the best for our own careers, is also what is best for the world. So I urge you to shut your eyes, and discover the great ideas that lie inside us; to shut your engines and discover the power of sleep.
Jadi bila kita hadapi pelbagai krisis ini di dalam dunia kita sekarang, yang bagus untuk kita pada peringkat peribadi yang membawa lebih rasa seronok, syukur, keberkesanan dalam hidup kita dan yang terbaik untuk kerjaya kita, juga adalah yang terbaik untuk dunia. Jadi saya menggesa anda menutup mata, dan menemui idea hebat yang ada dalam diri kita; untuk menutup enjin anda dan menemui kuasa tidur.
Thank you.
Terima kasih.
(Applause)
(Tepukan)