When my father and I started a company to 3D print human tissues and organs, some people initially thought we were a little crazy. But since then, much progress has been made, both in our lab and other labs around the world. And given this, we started getting questions like, "If you can grow human body parts, can you also grow animal products like meat and leather?"
Semasa ayah saya dan saya menubuhkan sebuah syarikat untuk pencetakan 3D tisu dan organ manusia, pada mulanya sesetengah orang merasakan bahawa kami gila. Tapi sejak itu pula, banyak kemajuan telah berlaku, iaitu, di makmal kami dan makmal-makmal lain di seluruh dunia. Kami mula menerima soalan seperti: "Jika anda boleh menghasilkan bahagian-bahagian badan manusia, bolehkah anda menghasilkan produk haiwan seperti daging dan kulit?"
When someone first suggested this to me, quite frankly I thought they were a little crazy, but what I soon came to realize was that this is not so crazy after all. What's crazy is what we do today. I'm convinced that in 30 years, when we look back on today and on how we raise and slaughter billions of animals to make our hamburgers and our handbags, we'll see this as being wasteful and indeed crazy. Did you know that today we maintain a global herd of 60 billion animals to provide our meat, dairy, eggs and leather goods? And over the next few decades, as the world's population expands to 10 billion, this will need to nearly double to 100 billion animals.
Semasa seseorang mencadangkannya kepada saya, Secara berterus terang, saya merasakannya gila, tapi kemudian saya sedar bahawa idea ini tidak gila. Apa yang gila ialah apa yang kita lakukan hari ini. Saya yakin bahawa dalam masa 30 tahun, ketika kita melihat kembali hari ini dan melihat bagaimana kita menternak dan menyembelih berbilion ekor haiwan untuk menghasilkan hamburger dan beg tangan kita, kita akan melihatnya sebagai membazir dan gila. dan ianya memang gila. Hari ini, kita mempunyai 60 bilion haiwan di seluruh dunia Hari ini, kita mempunyai 60 bilion haiwan di seluruh dunia yang membekalkan daging, hasil tenusu, telur, dan barangan kulit kepada kita. Beberapa dekad kemudian, apabila populasi dunia mencecah 10 bilion, jumlah haiwan yang diperlukan akan menjadi 100 bilion. jumlah haiwan yang diperlukan akan menjadi 100 bilion.
But maintaining this herd takes a major toll on our planet. Animals are not just raw materials. They're living beings, and already our livestock is one of the largest users of land, fresh water, and one of the biggest producers of greenhouse gases which drive climate change. On top of this, when you get so many animals so close together, it creates a breeding ground for disease and opportunities for harm and abuse. Clearly, we cannot continue on this path which puts the environment, public health, and food security at risk.
Menanggung haiwan-haiwan ini memberikan kesan yang besar kepada planet kita. Haiwan bukan saja merupakan bahan mentah. Haiwan ialah makhluk hidup, dan ternakan kita ialah salah satu pengguna tanah dan air yang terbanyak, dan salah satu penghasil gas rumah hijau yang terbanyak yang mengakibatkan perubahan iklim. Selain itu, apabila terdapat begitu banyak haiwan bersama-sama, ia mewujudkan kawasan pembiakan penyakit dan bahaya kecederaan dan penderaan. Jelasnya, kita tidak boleh membiarkan keadaan ini di mana persekitaran, kesihatan awam dan keselamatan makanan akan terjejas.
There is another way, because essentially, animal products are just collections of tissues, and right now we breed and raise highly complex animals only to create products that are made of relatively simple tissues. What if, instead of starting with a complex and sentient animal, we started with what the tissues are made of, the basic unit of life, the cell?
Terdapat cara yang lain, kerana pada dasarnya, produk haiwan hanya melibatkan pengambilan tisu-tisu, dan kini kita membiak dan menternak haiwan yang sangat kompleks hanya untuk menghasilkan produk yang dibuat oleh tisu-tisu yang ringkas. Bagaimana jika kita tidak menggunakan haiwan yang kompleks dan dapat merasa, tapi kita menggunakan tisu-tisu yang merupakan unit asas kehidupan, iaitu sel?
This is biofabrication, where cells themselves can be used to grow biological products like tissues and organs. Already in medicine, biofabrication techniques have been used to grow sophisticated body parts, like ears, windpipes, skin, blood vessels and bone, that have been successfully implanted into patients. And beyond medicine, biofabrication can be a humane, sustainable and scalable new industry.
Ini merupakan biopembikinan, di mana sel-sel boleh digunakan untuk menghasilkan produk biologi seperti tisu-tisu dan organ-organ. Dalam bidang perubatan, teknik biopembikinan telah digunakan untuk menghasilkan bahagian badan yang sofistikated seperti telinga, saluran udara, kulit, saluran darah, dan tulang, yang telah berjaya dimasukkan ke dalam badan pesakit. Di luar bidang perubatan, biopembikinan boleh menjadi sebuah industri baru yang berperikemanusiaan, mampan dan boleh diubah skala.
And we should begin by reimagining leather. I emphasize leather because it is so widely used. It is beautiful, and it has long been a part of our history. Growing leather is also technically simpler than growing other animal products like meat. It mainly uses one cell type, and it is largely two-dimensional. It is also less polarizing for consumers and regulators. Until biofabrication is better understood, it is clear that, initially at least, more people would be willing to wear novel materials than would be willing to eat novel foods, no matter how delicious. In this sense, leather is a gateway material, a beginning for the mainstream biofabrication industry. If we can succeed here, it brings our other consumer bioproducts like meat closer on the horizon.
Kita patut memulakannya dengan memberikan imej baru kepada kulit haiwan. Saya menekankan kulit haiwan kerana ia digunakan secara meluas. Ia cantik, dan ia telah lama menjadi sebahagian daripada sejarah kita. Secara teknik, kulit haiwan lebih mudah dihasilkan berbanding produk haiwan yang lain seperti daging. Sebahagian besarnya menggunakan sejenis sel, dan sebahagian besarnya mempunyai dua dimensi. Polarisasi antara pengguna dengan penggubal undang-undang juga menjadi kurang. Sehingga biopembikinan lebih difahami, adalah jelas bahawa, sekurang-kurangnya pada peringkat awal, lebih banyak orang lebih sudi memakai bahan baru berbanding lebih sudi makan makanan baru, tidak kira betapa sedapnya makanan tersebut. Dari segi ini, kulit haiwan merupakan sebuah pintu masuk, sebuah permulaan bagi arus perindustrian biopembikinan. Jika kita berjaya, ia akan memberikan bioproduk yang lain seperti daging, di horizon yang lebih dekat.
Now how do we do it? To grow leather, we begin by taking cells from an animal, through a simple biopsy. The animal could be a cow, lamb, or even something more exotic. This process does no harm, and Daisy the cow can live a happy life. We then isolate the skin cells and multiply them in a cell culture medium. This takes millions of cells and expands them into billions. And we then coax these cells to produce collagen, as they would naturally. This collagen is the stuff between cells. It's natural connective tissue. It's the extracellular matrix, but in leather, it's the main building block. And what we next do is we take the cells and their collagen and we spread them out to form sheets, and then we layer these thin sheets on top of one another, like phyllo pastry, to form thicker sheets, which we then let mature. And finally, we take this multilayered skin and through a shorter and much less chemical tanning process, we create leather. And so I'm very excited to show you, for the first time, the first batch of our cultured leather, fresh from the lab. This is real, genuine leather, without the animal sacrifice. It can have all the characteristics of leather because it is made of the same cells, and better yet, there is no hair to remove, no scars or insect's bites, and no waste. This leather can be grown in the shape of a wallet, a handbag or a car seat. It is not limited to the irregular shape of a cow or an alligator.
Sekarang, bagaimana kita melakukannya? Untuk menghasilkan kulit haiwan, kita mulakan dengan mengambil sel-sel haiwan, melalui biopsi yang mudah. Mungkin haiwan itu ialah lembu, biri-biri, atau haiwan eksotik. Proses ini tidak memudaratkan, dan Daisy, lembu ini, boleh hidup dengan gembira. Kemudian, kami mengasingkan sel-sel kulit dan mengkulturkannya dalam medium kultur sel. Ia melibatkan berjuta-juta sel dan mengembangkannya sehingga berbilion-bilion sel. Kemudian, kami menyebabkan sel-sel ini menghasilkan kolagen, iaitu apa yang dihasilkan secara semula jadi. Kolagen ini ialah bahan yang berada di antara sel-sel. Ia merupakan tisu-tisu penghubung yang semula jadi. Ia merupakan matriks ekstrasel, tapi bagi kulit haiwan, ia merupakan blok binaan yang utama. Seterusnya, kami mengambil sel-sel dan kolagen ini dan meratakannya untuk membentuk lapisan; kemudian, kami meletakkan lapisan nipis ini ke atas lapisan yang lain, seperti membuat pastri, untuk membentuk lapisan yang lebih tebal, yang akan dibiarkan menjadi matang. Akhirnya, kami mengambil kulit yang berlapis-lapis ini dan melalui proses penyamakan kimia yang lebih pendek, kami menghasilkan kulit haiwan. Saya sangat teruja untuk menunjukkan kepada anda, buat pertama kalinya, beberapa lapisan kulit haiwan kultur yang pertama, yang baru dihasilkan di makmal. Ini kulit haiwan yang asli, tanpa mengorbankan haiwan yang berkenaan. Ia mempunyai semua ciri-ciri kulit haiwan kerana ia dihasilkan daripada sel-sel yang sama, dan yang menarik, tiada bulu yang perlu dikeluarkan, tiada parut atau gigitan serangga, dan tiada pembaziran. Kulit haiwan ini boleh dijadikan dalam bentuk dompet, beg tangan atau tempat duduk kereta. Ia tidak terbatas kepada bentuk lembu yang tidak sekata, atau aligator.
And because we make this material, we grow this leather from the ground up, we can control its properties in very interesting ways. This piece of leather is a mere seven tissue layers thick, and as you can see, it is nearly transparent. And this leather is 21 layers thick and quite opaque. You don't have that kind of fine control with conventional leather. And we can tune this leather for other desirable qualities, like softness, breathability, durability, elasticity and even things like pattern. We can mimic nature, but in some ways also improve upon it. This type of leather can do what today's leather does, but with imagination, probably much more.
Oleh sebab kami menghasilkan bahan ini, kami menghasilkan kulit haiwan ini secara berlapis-lapis, kami boleh mengawal ciri-cirinya dalam cara-cara yang sangat menarik. Kulit haiwan ini hanya setebal 7 lapisan tisu, dan seperti yang anda boleh lihat, ia lut sinar. Kulit haiwan ini setebal 21 lapisan tisu dan ia legap. Anda tidak mempunyai kawalan sebegitu terhadap kulit haiwan yang biasa. Kami boleh mengubah kulit haiwan ini mengikut ciri-ciri yang dikehendaki, seperti kelembutan, pengudaraan, ketahanan, keanjalan, bahkan perkara seperti corak. Kami boleh meniru alam, tapi dalam keadaan tertentu memperbaiknya. Kulit haiwan sebegini boleh melakukan tugas kulit haiwan hari ini, mungkin lebih banyak tugas jika imaginasi digunakan.
What could the future of animal products look like? It need not look like this, which is actually the state of the art today. Rather, it could be much more like this. Already, we have been manufacturing with cell cultures for thousands of years, beginning with products like wine, beer and yogurt. And speaking of food, our cultured food has evolved, and today we prepare cultured food in beautiful, sterile facilities like this. A brewery is essentially a bioreactor. It is where cell culture takes place. Imagine that in this facility, instead of brewing beer, we were brewing leather or meat. Imagine touring this facility, learning about how the leather or meat is cultured, seeing the process from beginning to end, and even trying some. It's clean, open and educational, and this is in contrast to the hidden, guarded and remote factories where leather and meat is produced today. Perhaps biofabrication is a natural evolution of manufacturing for mankind. It's environmentally responsible, efficient and humane. It allows us to be creative. We can design new materials, new products, and new facilities. We need to move past just killing animals as a resource to something more civilized and evolved. Perhaps we are ready for something literally and figuratively more cultured.
Apakah masa depan produk haiwan? Ia tidak perlu kelihatan begini, iaitu apa yang berlaku hari ini. Ia boleh kelihatan begini. Kita telah membuat produk dengan kultur sel selama beribu-ribu tahun, bermula dengan produk seperti wain, bir dan yogurt. Bercakap tentang makanan, makanan kultur kita telah berkembang, dan kini kita menyediakan makanan kultur dalam kelengkapan yang cantik dan steril seperti ini. Pada dasarnya, kilang bir ialah bioreaktor. Ia merupakan tempat di mana kultur sel berlaku. Bayangkan dalam kelengkapan ini, daripada membuat bir, kita membuat kulit haiwan atau daging. Bayangkan anda melihat kelengkapan ini, belajar tentang pengkulturan kulit haiwan atau daging, melihat proses tersebut dari mula sehingga akhir, bahkan mencubanya. Ia bersih, terbuka dan bersifat mendidik. Ia berlawanan dengan kilang-kilang yang tersembunyi, dikawal dan terpencil di mana kulit haiwan dan daging dihasilkan hari ini. Mungkin biopembikinan merupakan evolusi pembuatan yang biasa untuk manusia. Ia mesra alam, berkesan dan berperikemanusiaan. Ia membolehkan kita menjadi kreatif. Kita boleh membuat bahan yang baru, produk yang baru, dan kelengkapan yang baru. Kita perlu berubah daripada amalan membunuh haiwan untuk mendapatkan sumber kepada sesuatu yang lebih beradab dan baik. Mungkin kita telah bersedia untuk pengkulturan dan lebih beradab.
Thank you.
Terima kasih.
(Applause)
(Tepukan)