By the end of this year, there'll be nearly a billion people on this planet that actively use social networking sites. The one thing that all of them have in common is that they're going to die. While that might be a somewhat morbid thought, I think it has some really profound implications that are worth exploring.
Menjelang akhir tahun ini, akan ada hampir 1 bilion manusia di planet ini yang aktif menggunakan laman jaringan sosial. Apa yang pasti bagi mereka semua ialah mereka akan mati. Meskipun ia sesuatu yang ngeri untuk difikirkan, Saya rasa ia mempunyai beberapa implikasi yang benar-benar mendalam yang patut diterokai.
What first got me thinking about this was a blog post authored earlier this year by Derek K. Miller, who was a science and technology journalist who died of cancer. And what Miller did was have his family and friends write a post that went out shortly after he died. Here's what he wrote in starting that out. He said, "Here it is. I'm dead, and this is my last post to my blog. In advance, I asked that once my body finally shut down from the punishments of my cancer, then my family and friends publish this prepared message I wrote -- the first part of the process of turning this from an active website to an archive."
Apa yang membuatkan saya terfikir tentang ini ialah sebuah kiriman blog yang ditulis awal tahun ini oleh Derek K. Miller, seorang jurnalis sains dan teknologi yang meninggal dunia akibat kanser. Dan apa yang Miller buat, dia meminta ahli keluarga dan rakan-rakannya membuat sebuah kiriman yang akan ditulis beberapa ketika selepas dia mati. Ini apa yang telah beliau tulis bagi memulakannya. Beliau berkata, "Beginilah. Saya sudah mati dan ini ialah kiriman terakhir saya di dalam blog ini. Terlebih dahulu, saya meminta supaya apabila jasad ini akhirnya tidak bernyawa disebabkan hukuman kanser saya, keluarga dan rakan-rakan saya akan menerbitkan mesej yang sudah saya sediakan ini -- bahagian pertama bagi proses menukarkan laman aktif ini kepada sebuah arkib."
Now, while as a journalist, Miller's archive may have been better written and more carefully curated than most, the fact of the matter is that all of us today are creating an archive that's something completely different than anything that's been created by any previous generation.
Sekarang, sebagai seorang jurnalis, arkib Miller mungkin telah ditulis dengan lebih baik dan disusun dengan lebih berhati-hati berbanding kebanyakan yang lain, hakikatnya adalah bahawa kita semua pada hari ini sedang membina sebuah arkib yang lain sama sekali berbanding yang telah dibina oleh generasi yang terdahulu.
Consider a few stats for a moment. Right now there are 48 hours of video being uploaded to YouTube every single minute. There are 200 million Tweets being posted every day. And the average Facebook user is creating 90 pieces of content each month. So when you think about your parents or your grandparents, at best they may have created some photos or home videos, or a diary that lives in a box somewhere. But today we're all creating this incredibly rich digital archive that's going to live in the cloud indefinitely, years after we're gone. And I think that's going to create some incredibly intriguing opportunities for technologists.
Lihat beberapa statistik buat seketika. Sekarang, terdapat video selama 48 jam sedang dimuatnaik ke YouTube setiap minit. Terdapat 200 juta Tweet dikirim setiap hari. Dan rata-rata pengguna Facebook menghasilkan 90 isi kandungan setiap bulan. Jadi, bila anda berfikir tentang ibu bapa anda, datuk dan nenek, sekurang-kurangnya mereka telah menghasilkan beberapa foto dan rakaman video, atau sebuah diari yang diletakkan di dalam sebuah kotak, di suatu tempat. Tetapi hari ini kita menghasilkan arkib digital yang amat kaya yang akan hidup di dalam awan (cloud) selama-lamanya, bertahun-tahun setalah kita tiada. Dan saya rasa ia akan menghasilkan beberapa peluang yang sangat menarik bagi pakar teknologi.
Now to be clear, I'm a journalist and not a technologist, so what I'd like to do briefly is paint a picture of what the present and the future are going to look like. Now we're already seeing some services that are designed to let us decide what happens to our online profile and our social media accounts after we die. One of them actually, fittingly enough, found me when I checked into a deli at a restaurant in New York on foursquare.
Ingin saya jelaskan di sini, saya seorang jurnalis dan bukannya seorang pakar teknologi, jadi apa yang hendak saya buat secara ringkasnya ialah membuat sebuah gambaran bagaimana rupanya masa sekarang dan masa hadapan. Sekarang pun kita sudah melihat beberapa perkhidmatan yang direka supaya kita membuat keputusan terhadap apa yang akan terjadi kepada profil online serta akaun-akaun media sosial kita setelah kita mati. Salah satu daripadanya, 'menjumpai' saya ketika saya daftar masuk di sebuah restoran di New York dengan foursquare.
(Recording) Adam Ostrow: Hello. Death: Adam? AO: Yeah. Death: Death can catch you anywhere, anytime, even at the Organic. AO: Who is this? Death: Go to ifidie.net before it's too late.
(Rakaman) Adam Ostrow: Hello. Malaikat maut: Adam? AO: Ya. Malaikat maut: Kematian itu tidak mengira tempat dan masa, meskipun di dalam kedai makanan organik. AO: Siapa ini? Malaikat maut: Pergi ke ifidie.net (jika saya mati dot net) sebelum ianya terlambat.
(Laughter)
(Gelak ketawa)
Adam Ostrow: Kind of creepy, right? So what that service does, quite simply, is let you create a message or a video that can be posted to Facebook after you die. Another service right now is called 1,000 Memories. And what this lets you do is create an online tribute to your loved ones, complete with photos and videos and stories that they can post after you die. But what I think comes next is far more interesting.
Adam Ostrow: Agak menakutkan, bukan? Jadi, apa yang perkhidmatan itu tawarkan, secara ringkasnya, ialah membenarkan anda menghasil sebuah mesej atau video yang boleh dikirim ke Facebook setelah anda mati. Sebuah lagi pekhidmatan yang lain, dipanggil 1,000 Memories (1,000 Memori). Dan ia membolehkan anda buat menghasilkan sebuah tribut online kepada orang tersayang, lengkap dengan gambar dan video serta cerita yang akan dikirim setelah anda mati. Tetapi apa yang berlaku selepas itu jauh lebih menarik.
Now a lot of you are probably familiar with Deb Roy who, back in March, demonstrated how he was able to analyze more than 90,000 hours of home video. I think as machines' ability to understand human language and process vast amounts of data continues to improve, it's going to become possible to analyze an entire life's worth of content -- the Tweets, the photos, the videos, the blog posts -- that we're producing in such massive numbers. And I think as that happens, it's going to become possible for our digital personas to continue to interact in the real world long after we're gone thanks to the vastness of the amount of content we're creating and technology's ability to make sense of it all.
Mungkin ramai di antara kamu yang mengenali Deb Roy yang pada bulan Mac yang lalu, membuat demonstrasi bagaimana dia berjaya menganalisis lebih 90,000 jam video peribadi. Saya rasa selagi kemampuan mesin untuk memahami bahasa manusia dan memproses sebilangan besar data terus bertambah baik, tidak mustahil ia akan mampu menganalisa isi kandungan sepanjang hayat -- Tweet, gambar-gambar, video, kiriman blog -- yang kita hasilkan tidak terkira banyaknya. Dan saya rasa jika ia berlaku, ia menjadi satu kemungkinan bagi persona digital kita meneruskan interaksi di dalam dunia sebenar lama setelah kita tiada terima kasih kepada kebesaran bilangan isi kandungan yang kita hasilkan dan kemampuan teknologi untuk menjadikan ia sebuah kenyataan.
Now we're already starting to see some experiments here. One service called My Next Tweet analyzes your entire Twitter stream, everything you've posted onto Twitter, to make some predictions as to what you might say next. Well right now, as you can see, the results can be somewhat comical. You can imagine what something like this might look like five, 10 or 20 years from now as our technical capabilities improve. Taking it a step further, MIT's media lab is working on robots that can interact more like humans. But what if those robots were able to interact based on the unique characteristics of a specific person based on the hundreds of thousands of pieces of content that person produces in their lifetime?
Sekarang kita sudah pun mula melihat beberapa eksperimen di sini. Satu perkhidmatan yang dipanggil My Next Tweet (Tweet Saya Selepas Ini) menganalisa seluruh aliran Twitter, semua yang anda kirimkan kepada Twitter, untuk menghasilkan ramalan, apa yang akan anda katakan selepas ini. Bagaimanapun, sekarang anda boleh lihat, keputusannya agak lucu. Anda boleh bayangkan bagaimana sesuatu seperti ini kelihatan dalam 5, 10 atau 20 tahun dari sekarang apabila kemampuan teknikal kita bertambah maju. Selangkah lagi, makmal media MIT sedang membuat robot-robot yang boleh berinteraksi seperti manusia. Tetapi bagaimana jika robot-robot tersebut mampu berinteraksi berdasarkan keperibadian unik seseorang berdasarkan ratusan, ribuan isi kandungan yang dihasilkan individu tersebut sepanjang hidupnya?
Finally, think back to this famous scene from election night 2008 back in the United States, where CNN beamed a live hologram of hip hop artist will.i.am into their studio for an interview with Anderson Cooper. What if we were able to use that same type of technology to beam a representation of our loved ones into our living rooms -- interacting in a very lifelike way based on all the content they created while they were alive? I think that's going to become completely possible as the amount of data we're producing and technology's ability to understand it both expand exponentially. Now in closing, I think what we all need to be thinking about is if we want that to become our reality -- and if so, what it means for a definition of life and everything that comes after it. Thank you very much.
Akhir sekali, fikir kembali tentang peristiwa terkenal ini dari malam pilihanraya 2008 di Amerika Syarikat, di mana CNN memancarkan hologram secara langsung seorang artis hiphop, will.i.am di dalam studio mereka untuk sebuah temuramah bersama Anderson Cooper. Bagaimana jika kita mampu menggunakan teknologi yang sama untuk memancarkan gambaran orang tersayang kita di dalam ruang tamu -- berinteraksi seolah-olah mereka masih hidup berdasarkan semua isi kandungan yang dihasilkan ketika mereka masih hidup. Saya rasa ia akan menjadi sesuatu yang tidak mustahil kerana bilangan data yang kita gunakan dan kemampuan teknologi untuk memahaminya kedua-duanya berkembang berlipat ganda. Sekarang sebagai penutup bicara, saya rasa apa yang kita semua perlu fikirkan ialah adakah kita mahukan ia menjadi satu realiti -- dan jika begitu, apakah maksudnya mendefinisikan kehidupan dan semua yang datang selepasnya. Ribuan terima kasih.
(Applause)
(Tepukan tangan)